Wednesday, December 28, 2005

Program Desa Tercinta pertingkat jati diri

DEWASA kini kelihatan ramai golongan mahasiswa mulai lupa nilai kemanusiaan yang sepatutnya tersimpul kemas dalam jiwa sanubari mereka. Ramai yang leka dan hanya tahu bersuka-suka serta berpeleseran kosong semata-mata.

Perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan dikemudiankan atas alasan ‘masa masih panjang’ dan ‘bukan tanggungjawab aku’. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah suara masa depan yang menjadi tunggak negara.

Justeru atas kesedaran itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan (STAD), Universiti Multimedia (MMU), Kampus Melaka menganjurkan satu program berbentuk khidmat siswa iaitu program Desa Tercinta.

Program akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ini adalah usaha bagi merapatkan jurang antara pelajar dan penduduk kampung setempat.

MMU memilih Mentakab, Pahang sebagai lokasi ideal pada kali ini. Di antara pengisian dalam program ini adalah ‘Program Anak Angkat’ dan pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat mereka untuk merasai sendiri bagaimana kehidupan sebenar di desa.

Program ini akan berlangsung selama tujuh hari bermula 23 Januari hingga 29 Januari depan. Presiden Universiti, Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon juga akan meluangkan masa bagi menjayakan program ini.

Sesungguhnya aktiviti sihat membawa signifikan besar kepada negara dan pembangunan nilai insan khususnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sering mengingatkan mengenai kepentingan nilai ‘Modal Insan’.

Inilah yang mahu dipupuk oleh pihak universiti agar belia tidak hanya berjaya dari segi akademik tetapi juga matang dari segi sahsiahnya.

KHAIROL KHALID,

Universiti Multimedia,
Kampus Melaka.

Berita Harian, Surat Pembaca-28/12/2005

Thursday, December 22, 2005

Pengenalan Tasawuf Islami

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya penulis ketemu sedikit ruang masa untuk kita bersama-sama menyingkap tabir ilmu Allah yang luas ini InsyaAllah. Seperti yang penulis katakan sebelum ini, penulis berhasrat untuk mengupas satu cabang ilmu yang cukup besar yakni ilmu tasawuf islami. Adalah mustahil bagi penulis untuk menyimpulkan semua ilmu tasawuf dengan penulisan yang ringkas ini, tetapi sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit manfaat dan kefahaman mengenai ilmu tasawuf ini.

Penulis sendiri masih “daun muda” dalam memahami tasawuf ini. Justeru itu penulis menggunakan 2 buku sebagai panduan untuk penulis menulis tentang pengenalan bagi tasawuf ini. Tasawuf Moden, karangan Prof Dr HAMKA dan Tujuan Hidup Para Sufi, oleh Muhammad Al Ghazali.

Perkataan Tasawuf sendiri sebenarnya telah menjadi pertikaian di kalangan ahli-ahli bahasa. Sesetengah berkata ianya diambil dari perkataan syifa’, yang bermaksud suci atau bersih. Sesetengah lagi mengatakan ianya berasal dari perkataan “shuf” yakni bulu binatang dek kerana orang yang menjalankan tasawuf ini suka memakai baju dari bulu binatang disebabkan mereka benci dengan pakaian indah-indah “orang dunia” ini. Menurut pendapat yang lain pula, tasawuf berasal dari perkataan “suffah” iaitu sahabat Nabi yang menyisihkan diri di satu tempat terpencil disamping Masjid Nabi. Kemudian pada akhir zaman ini, berlaku pula pertikaian yang mengatakan bahawa sebenarnya ia berasal dari bahasa yunani lama dan telah diarabkan. Asalnya “theosofie” yang bererti “ilmu ketuhanan” kemudian diarabkan dengan lidah arab sehingga berubah menjadi “tasawuf”.

Hatta dari mana sekalipun asal perkataan “tasawuf” itu, bagi penulis ianya hanya berlegar dari segi bahasa. Tak ubah seperti ungkapan “Islam Hadhari” atau “Hadharatul Islamiyyah”. Apa yang penting, ternyata yang dimaksudkan dengan kaum tasawuf, atau kaum sufi itu ialah mereka yang cuba membersihkan jiwa dan hati (tadzkiyatun nafs)

Di Tanah Melayu ini, apabila disebut kaum sufi ini, maka terbitlah dalam ingatan kita akan ajaran tarekat seperti tarekat Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Samaniyah dan lain-lain lagi. Tasawuf adalah salah satu aliran falsafah dalam Islam. Tasawuf bukanlah agama melainkan suatu ikhtiar yang setengahnya diizinkan oleh agama, dan setengahnya secara tidak sengaja telah tergelincir daripada jalan Islam yang lurus.

Ibnu Khaldun berkata, “Tasawuf itu adalah semacam ilmu syariah yang timbul kemudian di dalam agama. Asalnya ialah bertekun di dalam beribadah dan memutuskan pertalian dengan segala selain Allah, hanya mengadap Allah semata. Berpaling dari godaan dunia serta membenci perkara yang memperdaya orang ramai, kelazatan harta benda dan kemegahan. Dan menyendiri menuju jalan Tuhan dalam khalwat dan ibadah.”

Syaikh Junaid Al-Baghdadi berkata, “Tasawuf adalah keluar dari sifat tercela dan masuk ke dalam sifat terpuji.”

Bermulanya gerakan tasawuf secara aktif ketika Islam berada di ambang kegemilangan. Pada ketika aliran Muktazilah telah meresap masuk di dalam dunia pemikiran Islam. Muncul pelbagai falsafah dan pemikiran-pemikiran baru. Maka ketika itu berkembanglah aliran tasawuf.

Kemajuan ketika itu telah membuatkan umat Islam diulit mimpi. Kekayaan berbondong-bondong, kehidupan megah, sehingga mahar Al-Ma’mum kepada Bauran anak wazirnya sehaja lebih sejuta dinar. Majlis-majlis ilmu yang telah bertukar menjadi tempat ulama-ulama mempertikaikan perkara furu’, sehingga menimbulkan sengketa dan perbalahan yang tiada berkesudahan.

Maka tentu saja timbul golongan yang amat jemu dengan perkara sebegini. Merekalah golongan sufi yang menjauhkan diri dari tipu daya dunia ini. Tetapi sayangnya, ada sesetengah golongan sufi ini yang pada asalnya bertujuan murni, tetapi akhirnya menempuh jalan sesat. Mereka mahu memerangi hawa nafsu dan syaitan, tetapi terkadang mereka menempuh jalan yang tidak digariskan oleh agama. Terkadang mereka mengharamkan sendiri barang yang dihalalkan oleh Tuhan. Bahkan ada yang tidak mahu lagi mencari rezeki, menyumpahi harta, membelakangkan urusan dunia, dan membenci kerajaan.

Sedangkan Allah telah mengingatkan kita di dalam Al Quran yang bermaksud, “Katakanlah Muhammad, siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-Nya. Dan siapakah yang menolak rezeki yang baik-baik?” (Al-A’raf: 32)

Tidak ada salahnya menjadi kaya tetapi di dalam masa yang sama memiliki tasawuf yang tinggi. Bukankah kemiskinan itu akan memberi impak yang lebih dasyat?

Sesungguhnya kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran (Hadith riwayat Abu Na’im dan Al-Baihaqi)

Sejarah membuktikan, bagaimana ketika tentera Monggol menceroboh masuk ke dalam negara Islam, tidak ada lagi senjata yang ampuh yang dapat menangkis, sebab kekuatan Islam telah luntur kerana perbuatan ummatnya sendiri.

Sebahagiannya menjadi budak harta, yang lebih sayangkan hartanya dari agamanya. Sebahagian menjadi budak fikah, bergaduh bertegang leher hanya kerana memperkatakan tentang apakah batal wudu’ jika darah melekat pada baju!!!

Dan ada pula yang karam dengan pakaian sufinya, tidak peduli apa-apa lagi kerana berasa ‘lazat’ di dalam kesunyian tasawuf itu. Tasawuf sedemikian bukanlah dari ajaran Islam. Zuhud yang melemahkan bukanlah dari ajaran Islam. Semangat Islam adalah Ruh Jihad. Semangat berkorban, bekerja, bukan bermalas-malas dan tidak berdaya.

Berlumba-lumbalah dalam mencari kebaikan dunia dan akhirat. Sayid Rasyid Ridha berkata, “Sehingga mencari pertikaian faham di antara ulama antara manakah lebih utama di sisi Allah, seorang kaya yang bersyukur, atau seorang fakir yang sabar.”

Jika kita berdasarkan pengertian tasawuf Syaikh Junaid Al-Baghdadi tadi, maka jelas kepada kita bahawa semua salafus soleh boleh dikategorikan juga sebagai “sufi”. Jika mereka memiliki kekayaan, tidaklah kekayaan itu melekat di hatinya, hatta jika harta itu tiada sekalipun, tiada terkesan di hatinya. Mereka tidak perlu bernama sufi, fikih, atau bernama Malik (raja) sekalipun, kerana tidak ada yang lebih mulia daripada gelaran sahabat Rasulullah.

Jangan sesekali menyalah tafsirkan tasawuf itu mengikut rentak nafsu kita sendiri. Lihatlah Syeikh Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi yang dengan berani menulis surat kepada Malik Kamil (Seorang Raja Muslim) ketika sang raja tidak tampil menolak serangan kaum Salib. Kata beliau, “Engkau pengecut!! Ayuh bangkit ke medan jihad atau kami akan memerangi engkau seperti memerangi mereka.”

Juga Syeikh Izzuddin Ibnu Abdissalam, seorang ulama besar, ahli tasawuf yang agung, memfatwakan bahawa wajib menangkap raja Mamalik sebab mereka berlaku khianat kepada kaum muslimin dan rakyat mereka.

Dan juga Al Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali yang telah menulis surat kepada Raja Muslim dari Maghribi, Yusuf Ibnu Tasyfin yang berbunyi, “Pilihlah satu di antara dua, memanggul senjata untuk menyelamatkan saudara-saudaramu di Andalusia, atau engkau turun tahta untuk diserahkan kepada orang lain yang sanggup memenuhi kewajipan itu.”

Nah lihatlah ketegasan dan semangat juang ulama tasawuf agung seperti yang telah penulis catatkan di atas. Ahli tasawuf bukanlah hanya mengasingkan diri demi bertaqarrub kepada Allah, tetapi harus juga berjuang apabila telah tiba keperluan jihad.

Ibnu Taimiyyah yang penulis anggap sebagai pembawa gerakan Salafiyyah juga telah memberi pandangan yang seimbang dan komprehensif mengenai aliran tasawuf ini. Ibnu Taimiyyah melihat tasawuf merangkumi unsur pemikiran, kerohanian dan akhlak. Sikap Ibnu Taimiyyah itu boleh penulis gambarkan sebagai sikap wasat (sederhana) dan adil dalam menimbal perkara tasawuf ini. Ibnu Taimiyyah juga telah membicarakan secara khusus mengenai tasawuf yang dinamakan sebagai “amalan hati”.

Terangkum bersamanya akhlak tasawuf seperti

- Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya

- Tawakkal

- Ikhlas

- Syukra

- Sabr

- Khauf (Takut kepada Allah)

- Raja’(Berharap kepada Allah)

Sebenarnya terdapat banyak lagi akhlak tasawuf Islam ini. Pada penulis ianya amat luas dan tidak terkapai dalam tulisan ringkas ini. Terdapat 49 sifat akhlak sufi yang dihuraikan dalam buku Muhammad Al Ghazali. Begitu juga dengan Professor HAMKA yang membicarakan sifat Qanaah dan Tawakkal secara mendalam.

Penulis merasakan penerangan di atas sudah cukup sebagai pengenalan kepada Tasawuf Islami ini. Walaubagaimanapun ianya hanyalah percambahan ilmu yang begitu banyak ruang pembaikan boleh dilakukan.

Sekian, buat kali ini..

Wassalamualaikum

Khairol Al-Keriani
Anjung Damai

Tuesday, December 20, 2005

Pengisian Ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah kerana telah memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi sedikit pengisian pada kali ini. Pada mulanya penulis berhasrat untuk menulis mengenai asas-asas tasawuf Islam. Tetapi oleh kerana dek kekangan waktu, menghalang penulis untuk menunaikan hasrat tersebut. Mungkin sedikit waktu lagi penulis akan dapat melaksanakan hasrat penulis itu, InsyaAllah. Walaubagaimanapun, pada kesempatan ini, penulis ingin menyampaikan sedikit mutiara ilmu yang penulis timba pada hari ini.

Semoga ianya bermanfaat kepada para netter semua. Penulis mempunyai dua pengisian. Pertama adalah kupasan pandangan Syaikh Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya yang bertajuk “FATAWA QARDHAWI”

Penulis ingin mengutarakan pandangan Syaikh Yusuf mengenai jemaah hari ini yang disebut sebagai jemaah Attakfir, jemaah Al-Hijrah, dan Fundamentalis Islam. Bagaimanakah Islam memandang perkara ini dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku.

Hal tersebut amat berbahaya dan telah menjadi perhatian besar bagi kaum muslimin khususnya kerana timbul pemikiran yang terlampau ekstrem. Dalam hal itu, Yusuf Qardhawi telah menyiapkan buku khusus mengenai masalah tersebut. Syaikh Yusuf telah mengemukakan mengapa perlunya kepada pengkajian atas sebab timbulnya fikiran yang ekstrem dan cara-cara menghadapinya.

PERTAMA, tiap-tiap fikiran atau pendapat harus dilawan dengan fikiran dan diubati dengan keterangan serta dalil-dalil yang kuat sehingga dapat menghilangkan keraguan dan pandangan yang keliru itu. Jika menggunakan kekerasan, sudah tentu tidak akan ada faedahnya.

KEDUA, mereka (orang yang berpandangan salah) umumnya adalah orang-orang yang baik, kuat agamanya dan tekun ibadahnya. Mereka menuntut kepada kebaikan walaupun jalan fikirannya menyimpang pada jalan yang salah dan sesat kerana mereka tidak mengerti.

Maka sebaiknya kita menghormati niat mereka yang baik itu. Jangan mereka digambarkan sebagai binatang buas atau penjahat bagi masyarakat. Tetapi hendaklah dengan pengarahan dan bimbingan ke jalan yang benar kerana tujuan mereka baik. Cuma mereka tersesat jalan.

Sebab-sebab timbul pemikiran sebegitu:-

PERTAMA, tersebarnya kebatilan, kemaksiatan dan kekufuran yang secara terang-terangan dan terbuka di tengah-tengah masyarakat Islam tanpa ada usaha pencegahannya.

KEDUA, sikap para ulama yang amat lunak terhadap mereka yang secara terang-terang menjalankan praktik orang kafir dan memusuhi orang Islam.

KETIGA, kurangnya pengetahuan mereka tentang agama dan tidak adanya pendalaman ilmu-ilmu dan hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Oleh itu, mereka hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dengan fahaman yang keliru dan menyesatkan.

KEIKHLASAN dan SEMANGAT sahaja TIDAK MENCUKUPI sebagai bekal jika tidak disertai dasar yang kuat dan pemahaman yang kuat dan pemahaman yang mendalam mengenai hukum Islam. Terutama mengenai hukum syariat dan ilmu fiqh. Maka mereka ini akan mengalami nasib yang sama seperti PARA KHAWARIJ di masa lampau, sebagaimana keterangan Al Imam Ahmad.

Oleh itu, orang-orang soleh selalu menganjurkan untuk menuntut ilmu dan memperkuat diri dengan pengetahuan Islam sebelum melakukan ibadat dan perjuangan agar teguh pendirian dan tidak kehilangan arah.

Al Hasan Al Basri berkata:

“Segala amalan tanpa dasar ilmu, seperti orang yang berjalan tetapi tidak pada tempatnya berpijak”

Tiap-tiap amalan tanpa ilmu akan menimbulkan kerosakan lebih banyak daripada kebaikannya. Tuntutlah ilmu sehingga tidak membawa mudharat kepada ibadah dan lakukanlah ibadat yang tidak membawa mudharat kepada ilmu.Maka ada segolongan kaum yang melakukan ibadat dan meninggalkan ilmu, sehingga mereka mengangkat pedangnya untuk melawan Umat Muhammad yang termasuk saudaranya sesama muslim. Jika mereka memiliki ilmu, tentu ilmu itu tidak akan membawa ke arah perbuatan itu!!!

Pengisian kedua penulis dipetik dari kitab Attajul jaami’ lil ushuul fii ahaadiit sir Rasul-1. Muka surat 179-180. Karangan Syaikh Manshur Ali Nashif.

Ianya berkaitan dengan Etika Ilmu di dalam Islam.

Sahabat Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Nabi saw telah bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya dibebankan kepada orang yang memberi fatwa. Dan barangsiapa yang mengisyaratkan sesuatu perkara kepada saudara (semuslim)nya, padahal ia mengetahui jalan yang benar bukan perkara itu, sesungguhnya ia telah berlaku khianat terhadapnya,” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Keterangan

Barangsiapa yang diberi suatu fatwa oleh orang lain yang tidak memiliki ilmu, lalu mengamalkannya dengan penuh ketakwaan persis seperti apa yang didengar. Dan ternyata fatwa itu terdapat dosa, maka dosa itu dibebankan kepada pemberi fatwa bukan kepada yang mengamalkan fatwa, ia dimaafkan kerana kejahilannya.

Mengisyaratkan maksudnya memberi nasihat yang salah kepada sahabatnya, sedangkan ia mengetahui bahawa nasihatnya itu adalah batil, maka ia telah berlaku khianat.

Pengertian khianat di sini kerana ia telah melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya. Dia memberi nasihat yang batil sedangkan agama itu adalah nasihat.

Termasuk di antara etika atau adab di dalam ilmu ialah HENDAKNYA SESEORANG ITU TIDAK MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK DIKUASAINYA ATAU TIDAK DIKETAHUINYA. DAN HENDAKNYA JANGAN MEMBERI FATWA TANPA ILMU.

Sekian, pengisian buat kali ini.

Wassalamualaikum

Khairol Al Keriani
Anjung Damai



Penenang Jiwa

Penulis terjumpa tazkirah ini dalam satu website..Kumpulan kalam Allah ini amat baik untuk menenangkan jiwa kita..semoga bermanfaat :)

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)

Kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali-Imran: 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Ali-Imran: 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah: 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(At-Taubah: 111)

Kepada siapa aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At-Taubah: 129)

Macam mana aku nak bertahan?

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Yusuf: 12)

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Friday, December 16, 2005

Antara Syariat dan Tasawuf

Penulis pada saat ini ingin menyuarakan pandangan hati berkenaan dengan hubungan antara syariat dan tasawuf di dalam Islam. Topik ini dirasakan amat signifikan memandangkan kepada wajah persekitaran kita yang kian membeku dewasa ini.

Nur Islam telah menyuluhi hidup al insan dan telah mengeluarkannya daripada kongkongan kegelapan kepada sinaran yang terang. Allah telah pun menyempurnakan Islam seperti dalam firmanNya yang bermaksud: “Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi agamamu”(Al-Maidah:3)

Rasulullah telah diutuskan bersama-sama dengannya satu “pakej” yang lengkap. Allah telah menyebutkan di dalam surah Al-Ahzab, ayat 21, bahawa Muhammad itu adalah uswatun hasanah yakni contoh ikutan yang terbaik. Perutusan syariatnya yang dibawa dan tasawuf di jiwanya membentuk satu ikatan yang tidak mungkin dapat dirungkaikan.

Malangnya senario hari ini menyaksikan, kedapatan ramai manusia yang berusaha berlumba-lumba dalam mendalami ilmu fikah, tetapi dalam masa yang sama telah melupakan tasawwuf islamiy dan begitulah juga yang sebaliknya. Perbuatan ini pada pandangan penulis, adalah ibarat membaling najis ke langit, akhirnya terpalit pada wajah sendiri. Impaknya amat dasyat sekali kerana ia telah menjerumus ke arah pemahaman yang tempang lagi serong kepada penuntut ilmu tersebut.

Ini mengingatkan penulis kepada kata-kata Imam Malik r.a seperti yang dicatat di dalam buku Ali al-Adawi dari keterangan Imam Abil Hasan,ulama fikh, vol 2, m/s: 195;

“Barangsiapa mempelajari tasawuf tanpa fikh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawuf dan fikh dia meraih kebenaran”

Malah lebih berbahaya lagi jika dia menyebarkan risalah mengenai kefahamannya itu kepada masyarakat. Tambahan pula jika orang mendengar risalah itu tidak mempunyai asas yang kukuh, maka akan mudahlah ia terjerumus bersama-sama ke dalam serombong kesesatan.

Penulis ingin membawakan suatu riwayat kisah hidup seorang tokoh yang penulis rasakan beliau adalah contoh yang ideal untuk memahamkan kita bahawa adalah amat penting untuk mendalami segenap aspek ilmu di dalam Islam sebelum terjun kepada sesuatu konklusi atau keputusan.

Tokoh yang penulis maksudkan adalah Al Imam Hujjatul Islam, Al Ghazali. Beliau adalah seorang ahli teologi, ahli falsafah, dan di antara ahli sufi yang muktabar di dalam Islam. Lahir pada 450H/1058 M di kota Ghazalah, dekat Tus, Khurasan, Iran Utara. Nama sebenarnya adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al Ghazali. Susur galur ilmunya dimulai dengan mendalami ilmu fikah, kemudiannya ilmu kalam dan falsafah, diikuti dengan frasa ilmu yang terakhir yakni ilmu tasawuf.

Pada tahun 1091, beliau pernah menjadi Guru Besar Hukum kepada Nizam Al-Mulk (1018-1092), kemudian Perdana Menteri Sultan Maliksyah, dan kerajaan Saljuk di Madrasah Nizamiyah, Baghdad. Beliau mengajar di sana selama 4 tahun. Dalam waktu tersebut, beliau telah berjaya menghasilkan 2 karya yang amat berharga iaitu Maqasid Al-Falasifah (Maksud Ahli Falsafah) dan Tahafut Al Falasifah (Kecelaruan Ahli Falsafah).

2 karyanya itu telah membawa satu gelombang besar dalam dunia aliran falsafah dan ilmu kalam. Penulis amat kagum kerana Al Ghazali telah memberi tamparan yang hebat kepada ilmu logik akal yang cuba mengatasi Kalam Allah. Sesungguhnya Al Ghazali sememangnya Hujjatul Islam iaitu Pembela Islam.

Al Ghazali terus bersinar apabila berjaya menghasilkan Ihya’ Ulum Al-Din (Menghidupkan kembali ilmu Agama). Tidak salah jika penulis katakan bahawa Al Ghazali adalah sangat berpengaruh sehingga beliau disebut sebagai tokoh yang amat penting selepas zaman Rasulullah jika dilihat dari segi pengaruh dan peranannya dalam menata dan mengukuhkan nilai keagamaan.

Pada tahun 1095, Al Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari satu negeri ke satu negeri kerana kehidupannya tergoncang oleh krisis kepercayaan. Pada mulanya beliau ke Damsyik, kemudian Hebron, Baitul Muqaddis, terus ke Makkah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud (asketisme) dengan mengembara selama 10 tahun.

Setelah itu, beliau kembali ke Nisabur pada tahun 1106 untuk mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Tidak berapa lama, beliau pergi ke Tus, mendirikan HALAQAH (Sekolah Calon Sufi). Beliau mengasuh Halaqah sehingga ke penghujung usianya.

Perjalanan Intelektual dan Spiritual dalam menemukan kedamaian batin dan mengikut jalan sufi dicurahkan dalam autobiografinya yang bertajuk al-munqiz min al-dhalal (pembebas daripada kesesatan).

Al Ghazali telah mengkritik ahli falsafah dan akhirnya beliau memilih jalan tasawuf sebagai jalan menuju Allah. Dalam bukunya tahafut al-falasifah beliau sendiri telah menyanggah pandangan ahli falsafah yang membawa kepada kekufuran yakni hujah alam ini qadim, tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecil alam ini, dan ketiadaan kebangkitan jasmani pada hari Qiamat. Al Ghazali tega bangun ditengah-tengah gelanggang falsafah, dan merobek seluruh pemahaman yang songsang dan bercelaru itu.

Al Ghazali menemui kepuasan dan menemukan diri di dalam dunia tasawuf. Ternyata krisis hidupnya bukan bererti ragu, tetapi beralih arah dari dunia ke dalam batin.

Al Ghazali berkata, “Pada akhirnya saya sampai kepada kebenaran, bukan menerusi jalan akal budi serta pengumpulan bukti, melainkan menerusi cahaya yang dipancarkan oleh Allah ke dalam jiwaku.”

Berbahagialah Al Ghazali kerana telah berjaya mendamaikan antara syariat dan tasawuf. Jasanya itu amatlah besar di dalam ketamadunan Islam kerana beliau telah menzahirkan ilmu tasawuf pada jiwa umat Islam. Imam Al Ghazali juga telah berjasa dalam menyebarkan aliran As-Syairiyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ).

Lihatlah wahai sahabatku, sesungguhnya usaha dalam pencarian ilmu ini amatlah jauh sekali. Janganlah sesekali kita menyangka bahawa pencarian ilmu itu sudah tamat. Sesekali tidak!! Pemahaman Islam itu memerlukan pengorbanan yang amat besar. Tidak malukah kita mendabik dada kononnya sudah menguasai sesuatu ilmu sedangkan al Ghazali sendiri pun, walau telah menghasilkan lebih daripada 280 buku, tetapi tidak pernah berasa cukup dalam penerokaannya mendalami ilmu Al Khaliq ini.

Penulis menyeru para netter semua dan diri penulis sendiri, agar jangan pernah berasa diri ini cukup, atau dengan bahasa mudahnya “berlagak pandai”. Kata orang tua-tua, jika kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Pada kesempatan ini, penulis juga ingin menyertakan pandangan tokoh-tokoh yang dilihat kontroversi mengenai pendirian mereka tentang ilmu tasawuf ini.

Dalam volum 5 dari Muhammad ibn 'Abdul Wahhab yang bertajuk ar-Rasa'il ash-Shakhsiyyah, hal 11, serta hal. 12, 61, dan 64, dia menyatakan: "Saya tidak pernah menuduh kafir Ibn 'Arabi atau Ibn al-Fari kerana interpretasi sufinya"

Lanjutan dari Ibn Qayyim Al Jauziyyah :"Diantara orang terbaik adalah Sufi yang mempelajari fiqh.

Shaikh Rashid Ridha juga berkata, "tasawuf adalah salah satu dari tiang agama. Tujuannya adalah untuk membersihkan diri dan mempertanggungjawabkan perilaku sehari-hari dan untuk meninggikan manusia menuju maqam spiritual yang tinggi"(Majallat al-Manar, p. 726)

Hayatilah perjalanan hidup, onak dan duri kisah suka duka perjuangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali. Semoga kita semua mendapat iktibar dan mencontohi adabnya dalam menuntun jalan ke arah pemurnian beragama. Memahami Al Quran dan Hadith tidak cukup jika berdasarkan literal semata-mata. Unsur-unsur balaghah, majaz, asbabun nuzul, nasakh dan mansukh dan pelbagai lagi aspek perlu diberi perhatian. Memang benar kita mahu mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi bagaimanakah kita mahu mencari petunjuk untuk meneroka ke arah jalannya? Sudah tentu dengan adab-adab ilmu. Ibarat mahu menaiki tangga. Dari anak tangga pertama, tidak boleh melompat terus ke anak tangga ke sepuluh. Semestinya akan tersungkur ke bawah. Seharusnya mesti mengikut langkah demi langkah. Tapak demi tapak. Itulah langkah perjalanan bagi mereka yang bersabar

Marilah kita menuju ke arah kejayaan seperti mana yang telah dikecapi oleh ulama salaf dan khalaf. Coretan sejarah perlu dilebarkan demi mendepani masa mendatang. Agar Islam terus bersinar dan gemilang di bawah Nur kalimah yang Hak.

Demikian daripada penulis, Wassalam.

Khairol Al-Keriani
12.49 a.m
Anjung Damai
16 Disember 2005

Tuesday, December 13, 2005

Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal!! Adakah ia menghina wanita??

Assalamualaikumwarahmatullah

Sudah agak lama rasanya jari ini tidak melenggokkan rentak tulisannya. Mungkin dek kerana ketagihan membuatkan penulis ingin menulis setelah membaca satu hasil penulisan daripada seorang sahabat. Tajuknya mungkin agak remeh.. namun penulis mengkagumi sikapnya yg begitu anthustias dalam mengkaji sesuatu isu. Dari segi itu, penulis boleh memberikan rating 5 bintang kepadanya. Cuma mungkin ada sedikit ruang di mana teguran dapat dibuat untuk pengislahan minda bersama.

“Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal” Begitulah kira-kira tajuk yang diperbincangkan olehnya. Sahabat ini telah menghuraikan tentang bait perumpamaan ini yang padanya bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Penulis menyeru kepada para netter, marilah kita perincikannya untuk melihat kebenaran yg tersingkap disebaliknya.

Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Saya kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari..Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut?

Sahabat ini dengan tegas menafikan bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran dan As Sunnah. Adakah ini benar? Jawapan penulis, YA MEMANG BENAR. Jadi daripada mana ya datangnya ungkapan ini? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar? Jawapan penulis, TIDAK sahabatku…

Penulis menjunjung sikap berhati-hati dan teliti yang dilakukan dalam penulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi bagaimana pula dengan kata-kata para ulama’? ataupon abid yang taat? Ataupon seorang ahli tasawwuf yang telah berjaya menyingkirkan dunia dari dirinya? Adakah kita harus mengikut dan mendengar kalimah ucapan dari mereka? Jawapan penulis…YA!! Kita harus menghormati keilmuan mereka dan mencontohi kerendahan hati mereka dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah semata-mata..

Penulis suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Asal usul ungkapan ini ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kedembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.

Ingin penulis nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.

Sebelum itu, penulis ingin bertanya netter semua, kenalkah kamu semua akan Rabiah Al Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri?

Sedikit coretan mengenai riwayat hidup Rabiah Al Adawiyyah.

“Rabiah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Dilahirkan berhampiran kota Basra di Iraq. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Bapanya hanyalah bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.”

Bagaimana pula dengan Hassan Al Basri?

Nama penuh al-Hassan al-Basri adalah al-Hassan b. Abil-Hassan al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Disitu, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. al-Hassan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Pernah menyusu pada Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. al-Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulamak terkemuka dalam peradapan Islam. al-Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi). Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah merubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.”

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Penulis bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian.

Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 akal ataupun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hemat penulis, tidak perlu diperbesarkan.

Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawayyah dan Imam Hasan Al-Basri.

Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma’sum seperti baginda Rasulullah. Justeru kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Kita berasa bimbang jika kalau-kalau secara tidak sengaja kita telah menghina 2 tokoh yang telah diakui oleh ulama akan kewarakan mereka. Jadi nasihat penulis kepada sahabat-sahabat lain, berhati-hatilah dengan penulisan anda.

Jangan sesekali menghukum secara kejam dan terjun kepada konklusi yang amat keras seolah-olah kata-kata Rabiah dan Iman Hasan Al-Basri itu adalah bersifat double-standard. Kita tidak layak untuk menghukum begitu..walhal ramai dikalangan kita yang tidak menguasai bahasa arab sekalipun. Sedangkan kita tahu bahawa bahasa Arab ini penuh dengan balaghahnya. Tambahan pula gaya bahasa Rabiah dan Imam Hasan Al Basri tinggi kerana golongan sufi ini amat suka bersyair dan berpuisi.

Penulis menasihatkan sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu ulum Quran dan Mustalah hadith memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadith sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.

Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadith, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan berbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya’ di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.

Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja. Kisah-kisah ataupun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah. Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum ulama sebelum kita.

Marilah kita memilih aliran sederhana, yakni aliran yang tidak bias atau taksub kepada sesuatu ulama’. Sekali lagi penulis menyeru agar para netter sekalian memilih sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Wassalam.

Khairol Al-Keriani
Anjung Damai
13 Disember 2005
2.10 pm

Wednesday, December 07, 2005

Kalimatun sawa'

Isu perbedaan madzhab menjadi topik perdebatan hangat mutahir ini. Permasalahan gerakan “wahhabi” telah mengheret saya untuk melontarkan fikrah selaku seorang pelajar yang melihat dan mendengar. Minggu lepas akhbar Mingguan Malaysia telah memaparkan pandangan Dr Uthman El Muhammady yang menyatakan kebimbangannya terhadap gerakan “wahhabi” di Malaysia ini. Kebimbangan beliau itu pada pandangan saya ada pro dan kontranya. Sebelum itu suka saya nyatakan bahawa pandangan saya ini bukanlah bias kepada mana-mana pihak. Ianya lahir daripada pengamatan dan pemerhatian saya sendiri.

Saya tidak mahu membangkitkan tentang isu tahlilan, berzikir, dan lain-lain perkara furu’ kerana ianya hanyalah berlegar dalam perkara khilaf. Cuma apa yang ingin saya bangkitkan adalah sikap ataupun akhlak orang-orang yang mengaku sebagai salafi dan mengikut jalan salafus soleh.

Sebagai mana yang kita tahu, orang melayu di benua ini sangat kaya dengan adat resam dan pantang larang. Setelah Nur Islam terpancar di nusantara ini, maka sedikit demi sedikit amalan yang berbentuk syirik dan khurafat terhakis dengan peredaran zaman. Secara peribadi saya berasa gembira jika ramai di kalangan sahabat-sahabat pelajar kita yang begitu serius dan konsisten dalam mengkaji amalan-amalan masyarakat melayu ini sama ada di sandarkan kepada hadith yang benar-benar rajih dan sahih.

Cuma saya ingin menegur sikap sahabat kita yang dengan lancang memarahi orang lain yang melakukan tahlilan dan sebagainya. Atau tidak pun secara sinis menegur orang lain seolah-olah dia adalah lebih arif atau lebih tahu dalam urusan beragama. Inilah yang dikatakan sebagai sikap “beruk baru mendapat bunga.”

Tidakkah kita mempelajari daripada sejarah bagaimana Islam tersebar di nusantara ini. Bagaimana wali-wali songo menjalankan usaha dakwah mereka? Tidakkah kita mempelajari metode psikologi dalam berdakwah. Berkeras dalam perkara perbedaan hanya merugikan kedua-dua belah pihak. Di manakah akhlak dalam jiwa seorang yang bergelar daie’? Bukankah Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Saya rasa mungkin perkara ini yang merisaukan Dr Uthman El Muhammady.

Cuma pandangan beliau berkenaan dengan “wahhabi” yang meruntuhkan khilafah uthmaniah perlu dikaji secara fakta yang adil supaya tidak wujud kekeliruan di kalangan orang awam. Selain daripada mendalami ilmu hadith dan fekah, ilmu tasawwuf tidak wajar dilupakan. Bukankah tasawwuf juga adalah salah satu daripada juzu’ sifat-sifat Rasulullah. Cuma apa yang perlu diingat, dalam memahami ilmu-ilmu tasawwuf, biarlah diterokai dengan ilmu dan janganlah main ikut semborono sahaja kerana ia mungkin akan menjerumuskan diri pengamalnya ke lembah kesesatan. Secara tidak langsung ianya bercanggah daripada konsep ilmu tasawwuf sebenar yang dikenali sebagai cara untuk menyucikan jiwa (tadzkiyyatun nafs)

Saya juga ingin mengingatkan sahabat-sahabat saya agar tidak lancang menghina ulama-ulama sama ada ulama itu salaf mahupun khalaf. Menyerang peribadi seseorang muslim bukanlah perkara yang diajar di dalam syariat Islam. Dunia hari ini dipenuhi dengan fitnah dan janganlah kita menjadi salah seorang daripada manusia yang menyebarkan fitnah itu. Janganlah kerana kita fanatik kepada sesuatu ulama, sehingga kita sanggup menghina dan menolak ulama lain yang tidak sealiran dengan kita.

Cukuplah setakat ini jika kita hanya mahu bertelagah dalam perkara yang berkaitan masalah furu’ semata. Tidakkah kita mahu melihat Islam berkembang mekar daripada dijajah pemikiran yang tidak kunjung putus. Jika kita mahu membincangkan isu “wahhabi” ini dengan lebih mendalam saya kira isu ta’wilan dan tawassul wajar dibincangkan secara serius dan telus kerana itu berkaitan dengan akidah umat Islam. Cukuplah kita bergaduh hanya kerana qunut. Nampaknya begitu keanak-anakan. Belajarlah cara untuk bertoleransi dan mencari titik persamaan. Itu adalah lebih aula bagi sikap sebagai seorang dai’e.

Khairol Khalid

Multimedia University, Melaka

Wednesday, October 05, 2005

Peristiwa agung dalam Ramadhan

PEPERANGAN BADAR.


Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123)

Perang Badar merupakan “purnama” dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.
Perang Badar merupakan “purnama” yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang palin utama.
Perang Badar juga mereupakan “purnama” dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.
Perang Badar merupakan “purnama” yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.

PERANG BADAR KUBRA
17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.

(Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya)
Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah

Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw menfetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya.
“Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”

Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Keran didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas.
Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.

Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Keran didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehinggan Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.

Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw teerhadap langkah dan pelbagai tektik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.
Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar. Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkat: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali dinegeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.

Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz:
“Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”

Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.

Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalua Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.

Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.

PERBEZAAN JUMLAH DAN PELENGKAPAN PEPERANGAN ANTARA KAUM MUSLIMIN DAN KAUM MUSYRIKIN
Setelah lengkap segala persiapan, Nabi saw beserta kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang. Dan dari jumlah yang sebesar itu, yang bekenderaan kuda hanya 2 orang sahaja, dan yang berkenderaan unta hanya 70 orang, dan yang selebihnya tidak berkenderaan. Mereka bergilir-gilir dengan orang yang menaiki kenderaan. Satu-satu kenderaan adakalanya dinaiki sehingga 2-3 orang secara bergantian. Tidak ada perbezaan antara tentera dan pemimpinnya. Bahkan Rasulullah saw pun bergantian dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar lainnya.

Nabi memberikan panji-panji Islam kepada Musa’ib dan Umair. Dan bendera Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib dan bendera kaum Anshar diberikan kepada Saad bin Muaz.

Apabila Abu Sufian mendengar khabar berita keluarnya pasukan Islam, ia memilih jalan pesisiran pantai sehingga ia selamat. Setelah kafilah dagang yang dipimpinnya merasa selamat dari kejaran kaum Muslimin, ia menulis surat kepada kaum Quraisy yang tengah dalam perjalanan ke Badar. Dalam surat itu ia menasihatkan sebaiknya tentera Quraisy balik ke Mekah, kerana kafilah dagang mereka telah selamat. Dan pasukan Quraisy hampir-hampir sahaja berpatah balik ke Mekah jika tidak dihalangi oleh Abu Jahal. Jumlah pasukan Quraisy waktu itu lebih dari 1000 orang. Bergabung didalamnya sejumlah pemuka-pemuka Quraisy dan pahlawan-pahlawan mereka. Sepertimana yang disyaratkan oleh Nabi saw dalam pesanannya kepada kaum Muslimin sebelum peperangan: “Inilah kota Mekah telah mengerahkan kepadamu seluruh inti-inti pasukan”.

Kaum Quraisy tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai di lembah Badar. Sedangkan kaum Muslimin berhenti di lembah Badar yang lain. Ketika kaum Muslimin berhenti disana Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw:
“Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab Nabisaw: “Tempat ini ku pilih menurut fikiranku”
jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”.
Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy.
Ini menunjukkkan sifat Rasullulah yang menerima cadangan dari para sahabatnya dan tidak mementingkan diri baginda tanpa mengira siapa, jika syor itu pada pendapatnya boleh mendatangkan kebaikan, maka syor itu diterima dengan hati terbuka dan gembira.

Akhirnya Rasulullah beserta pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air ditengah malam. Kemudian kaum Muslimin membuat kolam-kolam air. Pada malam harinya Allah menurunkan hujan di sekitar daerah itu. Hujan itu menjadikan tempat kaum Musyrikin banjir sehingga mereka sukar untuk bergerak. Sebaliknya pula bagi kaum Muslimin, hujan tersebut merupakan satu rahmat dan dapat memandatkan pasir tempat mereka berpijak, sehingga mereka mudah bergerak maju dan hati mereka bertambah yakin dan kuat. Sehubungan dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat:
Yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguh tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya.” (Al-Anfal:11)

Rasulullah sebagai panglima perang.
Rasulullah saw selain sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia. Baginda juga dapat menjadi panglima perang yang bijak mengenai seluk belok dan taktik peperangan. Baginda juga mampu menangkis serangan musuh dan dapat mengagak taktik musuh beserta perlengkapannya.
Antara persiapan peperangan ini ialah para sahabat membangaunkan satu tempat yang tinggi yangmana darinya Rasulullah dapat melihat dan menyaksikan peperangan dan memberikan segala arahannya. Kemudian Rasulullah saw menunjukkan tempat-tempat terbunuhnya musuh-musuh Islam. Dengan kekuasaan Allah mereka yang telah disebutkan namanya oleh Nabi itu mati dan terbunuh ditempat yang diisyaratkan oleh Nabi tanpa da yang tertinggal walau seorang pun.

Ketika barisan kaum Musyrikin mulai datang dan kedua pasukan saling berhadapan, baginda bermunajat dan seraya berdoa:
“Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kecongkakan dan kesombongannya untuk memerangi Engkau dan mendustakan Rasulmu”.

Rasulullah melihat perbezaan yang amat jauh diantara kedua-dua belah pasukan. Baginda merasakan tiada jalan yang terbaik melainkan memohon agar Allah menghantarkan pertolongannya. Baginda benar-benar bertadharu’ dihadapan Allah memohon bantuan bagi tentera Islam yang jumlahnya serta perlengkapannya serba kekurangan.
Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) tak akan disembah lagi Engkau dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Abu Bakar sering menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.

Sewaktu kedua pasukan mulai hendak berperang, Nabi berseru untuk membakar semangat jihad kepada kaum Muslimin:
“Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi”

Orang Islam yang pertama gugur syahid.
Setelah selesai Nabi berseru yang sedemikian tadi..Umair bin Humam al-Ashari bangkit dan bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah apakah syurga itu seluas langit dan bumi?’’
Jawab Nabi: “Ya”
Kata Umair selanjutnya: “Sungguh untung,sungguh untung”
Tanya Nabi: “Apakah yang menyebabkan kamu berkata demikian?’’
Jawab Umair: “Aku berharap semoga aku termasuk orang yang memperolehi syurga”
Jawab Nabi: “Kamu adalah salah seorang yang mendapat syurga”.
Kemudian Umair mengeluarkan bekalannya iaitu beberapa biji kumar dan dimakannya. Kemudian ia berkata: “Kalau aku tunggu habisnya buah kurma ini beerti amat lama hidupku”.
Buah kurma itu segera dilemparkan ke tanah dan ia mara ke medan peperangan sehingga ia gugur sebagai syahid. Umair adalah orang pertama yang gugur sebagai syahid di medan peperangan Badar.

Semua pasukan tetap didalam barisan masing sambil berzikir dan tetap bersabat dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt. Nabi sendiri mara kehadapan memerangi musuh dengan kesungguhan.

Dihari itu juga Allah menurunkan rahmatnya dan pertolongannya kepada kaum Muslimin. Allah menurunkan sejumlah malaikat yang ikiut berperang disamping kaum Muslimin. Kejadian ini dicatat oleh Allah dalam Al-Quran:
Ertinya: ‘Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak akan aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir. Kerana itu penggallah mereka dan putuskanlah tiap hujung jari mereka”. (Al-Anfal:12)

Didalam peperangan ini juga membaranya semangat jihad yang meluap-luap disetiap hati kaum muslimin begitu juga dengan 2 orang anak remaja yang masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mati syahid.
Sehubungan dengan ini Abdurrahman bin Auf menceritakan:
“Di hari peperangan Badar ketika aku ditengah barisan, setiap kali aku menoleh jke kanan dan kekiriku aku dapati 2 orang pemuda yang masih muda sekali usianya. Aku khuatir akan keselamatan keduanya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka membisikkan sesuatu ke telingaku: “Hai paman tunjukkan kepadaku yang manakah Abu Jahal itu? Jawabku: “Apa maksudmu dengannya?” jawab pemuda itu: “Aku telah bersumpah jika aku bertemu dengannya akan kubunuh atau aku mati syahid kerananya”. Kemudian kata seorang lagi seperti yang dikatakan oleh pemuda yang pertama tadi. Setelah dekat aku tunjukkan kepada kedua pemuda si Abu Jahal itu. Keduanya segera menyerang Abu Jahal dengan pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali. Kedua pemuda itu adalah dua bersaudara ibnu Afra”.

Setelah Abu Jahal terbunuh, Rasulullah saw menyambutnya dengan sabdanya:
“Abu Jahal ini adalah Fir’aunnya umat ini”.

Akhirnya kemenangan di medan pertempuran Badar berpihak kepada kaum Muslimin. Maha besar Allah, dia menunjukkan kekuasaannya, yangmana kaum Musyrikin sudah berkira-kira bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka, mereka mempersiapkan segalanya demi menyambut kemenangan itu, tetapi akhirnya kebenaran tetap berada diatas kebatilan.

Rasulullah saw berseru: Ertinya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya dan menolong hambaNya serta mengalahkan musuhNya.”

Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)
Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Anshar.

Pengaruh Perang Badar.
Setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan di Badar, Rasulullah dan pasukannya kembali semula ke Madinah. Semua yang memusuhi baginda mula merasa gentar dan takut untuk memusuhi kaum Muslimin. Dengan sebab ini juga jumlah orang yang memeluk Islam semakin bertambah.

Sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda mengutus 2 orang utusan untuk menyampaikan khabar gembira mengenai peperangan ini. Salah seorang dari utusan itu ialah Abdullah bin Rawahah. Abdullah berseru kepada orang-orang Madinah:
Ertinya: “Hai kaum Anshar, bergembiralah kalian dengan kemenangan Nabi Muhammad saw. Dan terbunuh, dan tertawannya kaum Musyrikin”

Kemudian Abdullah menyebutkan nama beberapa pemuka Quraisy yang terbunuh di Badar. Berita tersebut dikhabar kesetiap rumah orang Anshar. Berita itu disambut dengan nyanyian pantun oleh anak-anak kecil bagi menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Sebahagian dari mereka masih ada yang ragu-ragu dan sebilangan mereka pula yakin dengan berita yang disampaikan oleh Abdullah itu. Sehinggalah tibanya kedatangan Nabi saw dengan sejumlah tawanan yang diawasi oleh Syarqam. Baginda disambut dengan gembira oleh kaum Muslimin apabila baginda dan pasukannya tiba disuatu tempat yang bernama Rauha’.

Semua hati orang yang memusuhi kaum Muslimin diselubungi oleh perasaan takut. Abu Sufian sendiri bernazar tidak akan mencuci kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin. Perasaan kaum Muslimin yang bersembunyi di Mekah dipenuhi dengan kegembiraan serta bertambah teguhnya iman dan keyakinan mereka terhadap Islam.

Sikap Kaum Muslimin Terhadap Musuh.
Nabi saw berwasiat kepada para sahabatnya agar tetap berlaku baik terhadap tawanan seperti yang tercantum dalam sabda baginda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu berbuat baik terhadap mereka”.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Aziz bin Umair tentang sikap kaum Muslimin terhadap tawanan adalah seperti berikut: “Aku ditawan di tengah keluarga Anshar, sekembalinya dari Badar. Jika tiba waktu makan siang ataupun makan malam mereka selalu memberikan aku sepotong roti sedangkan mereka sendiri terpaksa makan kurma, kerana mereka dipesan oleh Nabi untuk berlaku baik terhadap tawanan. Setiap kali mereka memperolehi sepotong roti, mereka akan memberikannya kepadaku, sehingga aku malu atas perlakuan baik yang mereka lakukan. Maka aku kembalikan roti itu kepada mereka. Namun roti itu tetap diberikan kembali kepadaku.

Seluruh tawanan perang dalam pandangan Islam harus diperlakukan sama tiada beza diantara keluarga terdekat atau orang lain.

Nabi memaafkan semua tawanan perang Badar. Mereka diminta untuk membayar tebusan untuk diri mereka bagi mampu. Harga tebusan itu ditentukan menurut keadaan ekonomi mereka. Seseorang yang tidak mampu membayar tebusan mereka dimaafkan oleh Nabi, dan dibebaskan begitu sahaja. Dengan adanya ketetapan ini, maka kaum Quraisy mulai mengirim wang tebusan mereka kepada kaum Muslimin agar para tawanan itu segera dibebaskan.

Sebahagian para tawanan yang tidak mampu membayar tebusan, Nabi memerintahkan mereka untuk mengajar sepuluh orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis. Setiap orang diminta untuk mengajar 10 orang anak kaum Muslimin. Zaid bin Thabit termasuk salah seorang yang belajar dengan cara ini. Kebijaksanaan semacam ini sudah tentu adalah satu usaha memajukan bidang pendidikan dan memberikan semangat kepada orang untuk belajar membaca dan menulis.

Tuesday, September 27, 2005

Tumbangnya Abbasiyyah

Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad itu, telah berlangsung selama 500 tahun, yang merupakan satu ketamadunan yang hebat dan kemajuan yang sangat agung. Monggol merupakan satu kabilah yang hidup sekitar 800 tahun di negara yang bersebelahan dengan China. Negara mereka berbatu batan dan angin bertiup kencang.. udaranya sejuk.. dan musim sejuk mereka terlalu dingin serta terlalu panjang sehingga sampai tahap -58 darjah bawah paras beku.. ini bermakna lebih sejuk daripada peti ais. Mereka memakan haiwan, kuda, anjing, tikus, ular dan bangkai.. Mereka menyembelih musuh mereka ketika dalam peperangan, memakan dan meminum darah mereka… Pernah satu ketika mereka berperang di negara China. Mereka kehabisan makanan sedangkan mereka dalam kelaparan.. Apa yang mereka lakukan..?

Mereka menyembelih salah seorang daripada mereka dan meminum darahnya.. Ini satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh binatang sendiri….. Cubalah bayangkan…!!

Tentera Monggol ini adalah penyerang yang kuat.. sehingga salah seorang daripada mereka mampu menyatukan bangsa mereka dan menubuhkan kerajaan Monggol dan menamakan dirinya sebagai Gengkhis Khan (Penakluk dunia) dan memulakan kerajaannya. Mereka melepasi tembok China yang besar dan terus menyerang empayar China sehinggalah berlaku peperangan yang menakutkan. Tentera Monggol memperolehi kemenangan dan Gengkhis Khan terus memperluaskan lagi wilayahnya.. Ia bergerak bersama tenteranya dan mendapat kemenangan terhadap musuh serta membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan mereka .., menyembelih penduduk…, membakar negeri dan menghancurkan bandar bandar..

Tentera Monggol membunuh lebih dari 70 ribu orang wanita, kaum lelaki dan kanak kanak. Menghalau mereka keluar daripada kampung halaman dan mengikat mereka dengan tali yang panjang ke belakang dan membunuhnya beramai ramai. Di kota yang lain pula mereka membunuh hampir setengah juta penduduk sehinggakan kucing dan anjing.

KERAJAAN MONGGOL DAN KERAJAAN ABBASIYYAH.

Gengkhis Khan mati setelah ia membentuk satu empayar yang luas. Kerajaan ini diteruskan oleh pemerintah yang lain. Tentera Monggol terus meluaskan wilayahnya, menyerang negeri lain, menghancurkan bandar-bandar dan membunuh sesiapa sahaja yang menghadangnya. Menyusup masuk ke negara China, Afghanistan, Pakistan, Iran dan Turki dan banyak kawasan di Rusia dan Eropah..

Tentera Monggol sampai ke sempadan kerajaan Abbasiyyah di Iraq dan terus menyerangnya. Mereka sampai ke ibu negara Baghdad dan mengepungnya.. Mereka dapat menawan Baghdad, membunuh khalifah dan penduduk Baghdad sekitar satu juta orang..

Pembunuhan dan pembakaran berterusan sekitar 40 hari.. dan darah ratusan ribu penduduk Baghdad mengalir membasahi bumi.. Memenuhi bumi dan jalan, mengalir ke sungai Dajlah sehingga menjadikan airnya menjadi warna merah.. Baghdad ketika itu adalah ibu negara dunia Islam yang kaya dengan kesenian dan keilmuan.

Tetapi penyembelihan tentera Monggol ini telah membakar istana, masjid-masjid buku-buku serta kitab kitab.., memusnahkan segala bentuk fenomena ketamadunan dan peradaban. Orang-orang tua, kaum wanita dan kanak kanak keluar memegang al-quran di tangan mereka, meminta belas kasihan daripada tentera Monggol tetapi tentera ini terus meratah mereka dan mati bi bawah tapak kaki kuda tentera Monggol. Mereka terus mara.. Ketika Monggol menyerang kerajaan Abbasiyyah segenap penjuru dunia ketakutan. Banyak pemerintah yang menyerah kepada tentera tanpa sebarang peperangan..kebanyakan pemerintah dan penguasa Islam melarikan diri ke Mesir..

Tentera Monggol mula beralih ke Syam, menyerang bandar Halab dan mengepungnya. Mereka masuk dengan ganas serta membunuh ribuan penduduknya.. Pembunuhan dan pemusnahan berterusan selama tujuh hari. Seterusnya tentera Monggol menyerang Damsyik dan menawannya. Mereka memusnahkan rumah-rumah dan kedai kedai, serta menyalakan api di istana dan masjid, membunuh kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak. Tentera Monggol menawan bandar Damsyik yang selebihnya, sehingga sampai ke Ghazzah berhampiran dengan sempadan Mesir. Akhirnya.. mereka sampai ke Mesir..

Kita sekarang berada di Mesir, pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik kira kira 750 tahun dahulu.. dan pemerintah Mesir pada ketika itu ialah Sultah Qutuz.. Pemerintah Monggol bernama Hulaku. Hulaku mula melihat ke arah negara Mesir dan ingin menawannya.. Dia memberi amaran kepada sultan Mesir..

Amarannya adalah seperti berikut : [ Dari raja segala raja di timur dan barat, pemimpin yang maha agung, kepada raja Muzafar Qutuz, semua pemerintah negaranya serta penduduk negara Mesir..Kamu telah mendengar bahawa kami membuka negara, kami telah membunuh semua para hamba. Kamu hendaklah melarikan diri, kamu tidak akan terselamat dari mata pedang kami. Kuda-kuda kami amat pantas, dan anak panah kami sangat tepat dan mata pedang kami seperti kilat, jiwa kami seperti gunung dan bilangan kami ibarat pasir. Sesiapa yang ingin memerangi kami akan menyesal dan sesiapa yang menharapkan jaminan kami akan selamat..]

Hulaku menulis surat amaran ini untuk mengugut sultan Mesir agar menyerah. Mereka mengirim amaran ini melalui empat orang utusan mereka. Pemerintah Mesir bersidang membincangkan tentang perkara ini. Mereka memutuskan untuk menolak amaran sultan Monggol ini dan membunuh utusannya kerana mereka menghina Mesir. Kepala mereka digantung di pintu Zuwailah..

Ini bermakna pengisytiharan perang antara Mesir dan Monggol, dan ini antara cabaran yang paling besar dihadapi oleh sultan Mesir. Pada ketika itu tentera barisan hadapan Mesir telah berada di sempadan timur.. Sultan Mesir mengarahkan salah seorang menterinya yang bernama Baybers agar memimpin tentera hadapan menuju sempadan.

Tenteranya Islam keluar meninggalkan kota Kaherah dengan iringan paluan gendang serta tiupan trompet, dengan semangat yang membakar. Tentera Mesir berjalan di bahagian pantai lautan menuju ke timur.. Sultan Qutuz melakukan tipu daya yang sangat bijaksana. Beliau menyembunyikan tenteranya pada pokok-pokok yang berhampiran dengan perkampungan yang bernama Ain Jalut.

Beliau mengatur perancangan tentera pejalan kakinya untuk berhadapan dengan tentera Monggol yang boleh menyekat pergerakan tentera berkuda Monggol dan mengganggu kepantasan kuda mereka yang akhirnya mereka menjadi kucar kacir.Tiba-tiba tentera berkuda Mesir membuat serangan terhadap barisan tentera Monggol yang sedang kelam kabut. Sultan Bebres melakukan beberapa perancangan:

Sekiranya serangan tentera Monggol terlalu kuat terhadap tentera pejalan kaki, maka tentera Islam Mesir hendaklah berpura pura kalah dan berundur.. Membiarkan satu ruangan di tengah-tengah tentera agar tentera mereka memasukinya. Secara tiba-tiba tentera Mesir kembali membuat serangan. Sebahagian membuat serangan daripada sebelah kanan manakala sebahagaian lagi membuat serang daripada sebelah kiri, lalu mereka terperangkap di bahagian tengah.

Pada hari berikutnya, Jumaat, di bulan Ramadhan tentera Islam bertempur dengan tentera Monggol yang gagah perkasa itu, di suatu pertarungan yang agak sengit. Pertarungan semakin rancak dan barisan musuh semakin kelam-kabut. Sultan Mesir berteriak : Demi Agama Islam, lalu baginda mencabut tengkoloknya dan melemparkannya ke atas tanah dan terjun ke medan pertarungan.. Allah membantu hamba-Nya yang mukmin pada bulan Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 September.. dengan memberi kemenangan besar iaitu Ain Jalut. Tempat inilah yang telah mengubah sejarah. Tentera Monggol melutut kepada Islam dan negara yang lain. Tentera Islam terus menyerang saki-baki tentera Monggol sehinggalah berjaya menghalau mereka keluar daripada Palestin dan Syria..

Baybers memimpin tentera Mesir sehingga sampai ke Ghazzah dan memperolehi kemenangan serta menawan bandar Ghazzah. Inilah pertama kali tentera Monggol berjaya dikalahkan.