Friday, April 07, 2006

DI MANA ALLAH

Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah :

Ertinya :
Beliau (nabi SAW) bertanya kepadanya : "Di manakah Allah?"
Jawab budak perempuan : "Di atas langit."
Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?".
Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah."
Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. kerana sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".

Hadits soheh. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits (Riwayat Muslim dan Abu Dawud)

Diriwayatkan Abu Hurairah ia berkata : Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : Tatakala Nabi Ibrahim dicampak dalam api (oleh kerajaan Namrud) beliau berdoa "Wahai Tuhanku!, sesungguhnya engkau hanya tunggal di langit dan aku adalah seorang sahaja di bumi ini yang (beriman dan) beribadah kepadamu ( Ibn Kathir, al Bidavah wa an Nihavah 1/146.)

7. Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711], dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini[712] tidak lain hanyalah sihir yang nyata." (surah Hud, ayat 7)

[711]. Maksudnya: Allah menjadikan langit dan bumi untuk tempat berdiam makhluk-Nya serta tempat berusaha dan beramal, agar nyata di antara mereka siapa yang taat dan patuh kepada Allah.

[712]. Maksud mereka mengatakan bahwa kebangkitan nanti sama dengan sihir ialah kebangkitan itu tidak ada sebagaimana sihir itu adalah khayalan belaka. Menurut sebagian ahli Tafsir yang dimaksud dengan kata Ini ialah Al Quran ada pula yang menafsirkan dengan hari berbangkit.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah Saw pernah bersabda, “Allah berkata, ‘Keluarkanlah dan akan kukeluarkan untuk mu’. Nabi Saw juga berkata, “Tangan Allah adalah penuh, dan tidak akan berkurang meskipun dikeluarkan sepanjang siang dan sepanjang malam”. Nabis Saw juga berkata, “Tidakkah kalian lihat apa yang telah dia keluarkan sejak Dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada ditanganNya tidaklah berkurang, dan SinggahsanaNya di atas air, dan di TanganNya terdapat mizan yang dengan itu dia meninggikan atau merendahkan seseorang (6:206-S-A, Shahih Bukhari dan disohehkan juga oleh Al Imam Az-Zabidi)

Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a Nabi Saw pernah bersabda kepada para sahabatnya, “Apakah sulit bagi kalian membaca sepertiga Al Quran dalam satu malam? Mereka berkata, “Mana mampu kami lakukannya Ya Rasulullah” Rasulullah bersabda, “Dialah Allah yang Maha Esa (Ahad). Allah tempat meminta. Tiada ia beranak dan tiada Dia diperanakkan. Tiada seorangpun yang sama dengan-Nya (Surah Al-Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran (6:534-S.A, Shahih Bukhari dan disohehkan juga oleh Al Imam Az-Zabidi)

Dalam menafsirkan ayat Quran dan Hadith di atas, maka hendaklah kita berhati-hati dan mengikut jalan salafus soleh. Jangan sesekali kita beri’tiqad dengan akal kita tetapi hendaklah beri’tiqad dengan jalan wahyu dan syara’. Lebih baik kita menyerahkan persoalan “Di Mana Allah” itu kepada Allah sendiri tanpa kita memikirkan lagi di mana lokasi ataupun tempat tinggal Allah kerana dibimbangi persoalan kita itu terkeluar dari batasan akidah salafus soleh. Perlu diingat bahawa Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Allah (Surah Al Ikhlas). Maka jika kita mentsabitkan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya kita telah sesat. Firman Allah “Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang Maha Perkasa dari apa yang mereka sifatkan” ( Surah As-Shaffat: 180)

Sejarah kewujudan ilmu SIFAT 20

Perkembangan ilmu tauhid dan faktor2 yg menyebabkan ilmu sifat 20/ ilmu kalam wujud

Asal Usul Sifat 20/ ilmu kalam

Akidah Sifat 20 tidak wujud pada zaman Rasulullah

Hasil titik peluh alim ulama’ setelah wafat baginda

orang mukmin sama ada muhajirin atau ansar beriman secara mengambil terus dari al Quran dan As sunnah...tidak ada ta'wilan. Pendirian mereka adalah beriman dengan sifat-sifat tersebut tanpa mentanzihkan Allah daripada berjirim atau berjisim. Ini tidak bererti perkataan itu tidak bermakna, tetapi makna perkataan itu disesuaikan dengan keagungan dan kebesaran Allah.

"Duhal-Islam". Karangan Dr Ahmad Amin..juzu' 3, m/s 1.

masalah akidah zaman abbasiy..100 tahun selepas kewafatan Rasulullah

muqaddimah perkembangan ilmu kalam.

Banyak perbahasan timbul zaman abbasiy

berlaku pelbagai perbahasan akidah yg tidak wujud pada zaman rasul

Akibat banyak perbahasan terhasilnya "ilmu kalam"

faktor timbul ilmu kalam dan perkembangan.

faktor luar (yunani, greek, kebudayaan)

faktor dalam (tabiat islam sendiri,islam mementingkan ilmu dan pemikiran berlandaskan wahyu)

SEBAB DALAMAN

Quran sendiri sambil ajak kepada tauhid, quran juga menyebut firqah agama2 lain.

tujuan: utk memecahkan dalil agama lain

Quran menyebut ada manusia yg tidak percaya langsung kepada quran ( mereka dinamakan sebagai "dahri")

alim ulama menggunakan cara ilmu kalam utk melawan fahaman sesat.

Setelah Islam memerintah, ketika Islam di dalam kegemilangan, maka timbul pelbagai falsafah

alim ulama mula menggunakan falsafah untuk melawan hujah ahli falsafah..

Pada zaman Islam peringkat pertama, tiada masalah..Salafus soleh terima bulat2 (muruuha kama ja’at)

tetapi selepas Islam dah menang, orang Islam sudah mula berfalsafah dan memikirkan perkara2 lain. Mula memikirkan logikal ketuhanan dan ilmu fiqih.

kesimpulannya, alim ulama mula mengumpul soalan2 serangan minda dengan jawapan2 yang berunsur falsafah dan mengikut minda.

SEBAB LUARAN

sebahagian besar orang yg masuk Islam selepas kemenangan islam beragama lain sebelum memeluk islam.

Mungkin terbawa-bawa ajaran sebelum Islam.

Mungkin bercampur-baur antara ajaran lama dengan ajaran Islam.

Itulah sebabnya berlaku kecelaruan percanggahan antara ajaran Islam dengan ajaran agama lain dalam sesetengah penulisan orang2 di zaman abbassiy.

Ilmu Kalam/ sifat 20 mempunyai pengaruh dari yunani dan Greek.

Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa Ilmu sifat 20 bahawa 100% dari Islam, sesungguhnya ia adalah salah!!

Ianya diwujudkan semata-mata sebagai satu metodologi para ulama ataupun suatu kaedah utk menepis pemahaman ketuhanan yang sesat.

Konklusinya, sifat 20 adalah sebagai salah satu usaha para ulama utk menyelamatkan akidah umat Islam akibat serangan ahli falsafah seperti yang telah dinaqalkan oleh al imam al ghazzali dalam tahafut al-falasifah (kecelaruan ahli falsafah)

namun, bukanlah suatu kewajipan yang qat'ie bagi umat Islam utk beriman dengannya (sifat 20) kerana sifat Allah tidak hanya terbatas kepada 20 sahaja bahkan meliputi langit dan bumi dengan segala sifat kesempurnaan yang sesuai dengan keagunganNya. Kata Imam Ahmad; mengenai hadith-hadith sifat (Allah) : Maksudnya : Kami beriman dengannya (yakni dengan segala sifat Allah) dan membenarkannya serta tidak menolak sesuatu darinya apabila diriwayatkannya dengan sanad-sanad yang sahih. (Usul al I'tiqad Ahl Sunnah wal Jama'ah)

Tidak kafir bagi barangsiapa yang tidak beri'tiqad dengan sifat 20 dan begitu juga sebaliknya.

Metode berfikir Abu Mansur Al-Maturidi (Pengasas ilmu tauhid ASWJ)

Berpegang kepada keputusan akal dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syara’. Apabila keputusan itu bertentangan dengan syara’ akal mesti tunduk kepada syara’.

Sabda Nabi s.a.w: “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi)

Wallahu Taala a’lam

Disusun: Khairol Khalid Al-Keriani

Kebaikan mendalami ilmu kalam

Oleh Mohd Zaidi Abdullah


Selaras dengan harapan melihat para pembaca di Malaysia membaca karya agung yang ditulis oleh tokoh penting, kali ini diperkenalkan sebuah karya penting yang ditulis oleh Imam al-Ash'ari yang berjudul Risalah fi Istihsan al-Khawd fi `Ilm al-Kalam (Risalah Tentang Kebaikan Mendalami Ilmu Kalam).

Tulisan ini amat penting dibaca kerana masyarakat Islam di Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia ialah pengikut Ahli sunah yang diterajui oleh dua tokoh penting iaitu Abul Hasan al-Ash'ari - (wafat 324H) dan Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H). Kedua-dua tokoh inilah yang mencetuskan pengkajian sifat dua puluh yang menjadi teras akidah yang diajar di surau dan masjid.

Pokok perbicaraan tulisan ini ialah mengkritik golongan yang menafikan ilmu kalam sebagai salah satu ilmu-ilmu Islam yang sah. Kini, para ulama salafi berani kembali mempertikai ilmu kalam sehingga ada yang berani mengatakan bahawa pengajian sifat dua puluh sesat, bidaah dan bukan ilmu orang Islam. Kepada golongan pengkritik ini, al-Ash'ari berhujah, ``Nabi s.a.w. juga tidak pernah mengatakan bahawa orang yang meneliti tentang perkara tersebut (yakni tentang pergerakan, diam, jisim, warna-warni, kejadian dan sifat-sifat Allah s.w.t.) dan membincangkannya akan tergolong dalam golongan yang bidaah dan sesat. Maka seharusnya pengkritik ilmu kalam yang bidaah dan sesat kerana kamu telah memperkatakan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Nabi s.a.w. dan kerana kamu telah menghukum sesat mereka yang tidak dihukum sesat oleh Nabi s.a.w.''

Menerusi tulisan ini, ilmu kalam yang dibawakan oleh golongan ahli sunah yang diterajui oleh al-Ash'ari dan Abu Mansur al-Maturidi sebenarnya mempunyai asas yang kukuh bagi membina sains Islam kerana membicarakan partikel asas (jauhar fard), jisim, jirim, alam akal, gerak dan seumpamanya. Perkara ini sebenarnya sering disentuh oleh pakar sains seperti Isaac Newton, Albert Einstein, Max Planck dan ramai lagi.

Orang Islam telah memperkukuhkan kajian tentang alam semesta sehingga alam ini dijadikan sebagai tanda wujudnya Allah s.w.t. kerana itulah yang diarahkan oleh al-Quran. Perkembangan ini juga menunjukkan orang mutakhir seperti Maurice Buccaile dan Harun Yahya hanya meneruskan usaha yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh Islam silam.

Cuma sebelum kita mengaitkan penemuan sains moden dengan ajaran Islam kenalah berhati-hati dan, dengan memiliki metode yang kukuh agar Islam tidak dipermainkan. Sesuatu penemuan itu perlu diketahui adakah ia bersifat hipotesis atau teori. Jadi, ulama kalam sebenarnya telah berjaya menetapkan asas penting sains Islam dari sudut pandang wahyu.

Justeru itu, peluang umat Islam di rantau ini yang kebanyakannya masih kuat berpegang dengan mazhab kalam ini harus memperkayakan lagi peluang ini. Dan, menjadikan sains moden yang sah pengujiannya serasi dengan budaya dan pemikiran umat di rantau ini. Akhirnya, sains (yang juga bermakna ilmu) dan teknologi dapat dipertingkatkan seiring dengan pengamalan ajaran Islam.

Karya yang diperkenalkan ini dapat pembaca lihat dalam Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, bilangan 4, terbitan Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Islam, Universiti Malaya. Para pembaca tidak perlu risau kerana karya ini telah diterjemahkan oleh Mohd Radhi Ibrahim dan Rawiyah Mohd Junoh dalam bahasa Melayu.

Sekalipun karya ini dimuat dalam buku berbentuk jurnal ilmiah maka sewajarnya para pembaca umum umat Islam cuba mendekatinya kerana tulisan jurnal telah dinilai secara ilmiah dan bukan sembarangan. Jadi, isi kandungannya lebih dapat dipertanggungjawabkan. Selain penterjemahan risalah ini, terdapat juga kajian tentang istilah al-Din, kesufian menurut al-Ghazali, psikoterapi menurut Isfahani, mantik, konsep al-Raniri, prinsip perbankan Islam, konsep sejarah menurut al-Tabari dan falsafah menurut Abu al-Barakat al-Baghdadi.

Akidah manakah yang benar?

Saudara Pengarang,
SETELAH membaca komentar daripada Khairul Effendi Hashim di dalam ruangan Pendapat pada 29 November 2005, saya dapat merasakan bahawa beliau belum begitu memahami mengenai fahaman Wahhabi.

Kebanyakan orang awam menyangka bahawa perselisihan golongan Wahhabi dengan golongan ahli sunnah (Al-Asya'irah & Al-Maturidiah) hanya tertumpu di bidang ranting dan furuk syariat semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Namun jika kita membaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi maka kita akan mendapati bahawa perselisihan antara mereka dengan golongan Ahli Sunnah Waljamaah juga bersangkut paut dengan soal akidah. Tidak pernahkah saudara Khairul Effendi membaca atau terbaca tulisan tokoh-tokoh Wahhabi yang mengharamkan pembelajaran tauhid sifat 20 yang merupakan suatu ilmu yang dipelajari oleh umat Islam yang tinggal di rantau Asia Tenggara bahkan hampir di seluruh dunia Islam?

Tidakkah saudara pernah terbaca buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh Wahhabi yang mendakwa Allah Taala itu tempat-Nya di langit? Sebagai seorang pembimbing jemaah haji yang sudah tentu sering berulang alik dari tanah air ke tanah suci maka adalah suatu yang agak ganjil jika saudara tidak mengetahui mengenainya. Iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi yang mendakwa bahawa Allah itu wujud dengan memerlukan tempat sudah cukup untuk membuktikan bahawa golongan Wahhabi tergelincir daripada kelompok Ahli Sunnah Waljamaah.

Berbalik kepada soal ranting seperti masalah qunut subuh, tahlil, talqin mayat, baca Yasin malam Jumaat, berzikir dengan kuat selepas solat dan beberapa perkara lain maka hal ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh ulama-ulama mazhab yang empat. Namun sayangnya golongan Wahhabi mengeruhkan kembali isu ini dengan mendakwa bahawa orang yang melakukan amalan-amalan yang disebutkan itu tadi telah melakukan suatu perkara mungkar dan bidaah yang melayakkan diri mereka dihumban ke dalam neraka!

Orang yang bermazhab Syafie tidak akan marah kepada orang-orang yang tidak berqunut di dalam solat subuh seandainya mereka itu tidak menghukumkan sesat ke atas orang-orang yang melakukan qunut. Apalah sangat orang yang tidak berqunut jika dibandingkan dengan orang yang langsung tidak menunaikan solat subuh. Selama ini pun orang-orang yang bermazhab Syafie juga mengetahui bahawa sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tidak membaca doa qunut di dalam solat subuh.

Namun demikian tidak timbul sebarang perselisihan di antara mereka disebabkan sahabat-sahabat mereka yang bermazhab Hanafi tersebut tidak pernah menghukumkan sesat ke atas saudara-saudara mereka yang bermazhab Syafie yang membaca doa qunut sewaktu solat subuh. Ini jauh berbeza dengan sikap dan tindakan golongan Wahabi yang menuduh orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai ahli bidaah.

Oleh itu sewajarnya pihak berkuasa agama seperti Jakim menjelaskan kepada umat Islam tentang bahaya fahaman Wahhabi ini kerana ia sememangnya suatu fahaman yang boleh memusnahkan perpaduan umat Islam, sekali gus membahayakan negara Islam itu sendiri. - MUHIB AL-GHUMARY, Ulu Tiram, Johor.

Sumber: Utusan Online

JAWAPAN BALAS

Saudara Pengarang,
Merujuk surat yang ditulis oleh MUHIB AL-GHUMARY (MG) pada 1 Disenber 2005 dimana beliau menyatakan seorang penulis sebelumnya tidak memahami Wahhabi. Tetapi sebaliknya MG lah yang tidak memahami apakah itu Wahhabi seterusnya tidak memahami aqidah ahli sunnah wal jamaah yang sebenar. Satu kenyataan yang cukup bahaya dalam tulisan MG ialah Wahhabi bukan ahli sunnah, mengapa saya katakan demikian sekiranya golongan yang dilabelkan Wahhabi ini bukan ahli sunnah bermakna MG telah menuduh kerajaan Arab Saudi sebagai bukan ahli sunnah tetapi ianya kerajaan yang sesat. Rentetan dari dakwaan tersebut sekiranya Wahhabi adalah golongan yang sesat bagaimana Allah s.w.t. membiarkan Dua buah masjid suci umat Islam berada di bawah pentadbiran mereka? Bagaimana pula umat Islam serata dunia menunaikan Ibadat haji setiap tahun, kaun keluarga kita apabila balik haji akan membawa al-Quran yang dicetak di sana bersama buku-buku berkenaan aqidah dari sana, Sungguh tuduhan ini amat berat dan ini akan mengeruhkan suasana politik antara Malaysia dan Arab Saudi. Fikir dulu sebelum menulis. Seterusnya perbincangan mengenai aqidah khususnya berkenaan sifat Allah wajib berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Adalah Haram berkata sesuatu tentang Allah apa yang tidak diketahui. Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 28 yang bermaksud “Katakanlah sesungguhnya Allah tidak menyuruh melakukan perbuatan yang keji, Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”. Saya ingin bertanya kepada MG adakah dia mengetahui asal-usul sifat 20? Adakah sifat 20 terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah? Adakah sifat Allah hanya terbatas kepada 20? Adakah tidak sah solat orang yang tidak menghafal sifat 20 sehingga menyusahkan orang yang baru masuk Islam? Adakah al-Imam Abu Hassan al-Asyari sendiri menetapkan 20 sifat? Adakah Aqidah Imam al-Syafie dan Imam-Imam mazhab yang empat beraqidah dengan sifat 20? Sekiranya benar saya cabar saudara MG untuk bawakan dalil dan pendapat-pendapat Imam yang empat serta sebutkan kitab-kitab yang muktabar tentangnya. Saya tidak pasti anda mengetahui atau tidak atau buat-buat tak tahu tentang sejarah Imam Abu Hassan Al-Asyari. Sekiranya anda boleh berbahasa Arab sila rujuk Tabaqat al-Syafieyah al-Kubra yang ditulis oleh Imam al-Subki tokoh ulama bermazhab syafie tentang Abu Hasan al-Asyari. Sila baca juga tulisan Imam Abu Hassan sendiri yang menyatakan beliau telah bertaubat dari aqidah yang menetapkan sifat-sifat Allah dalam kitab al-Ibanah An Usuli al-Diyanah dan kitabnya Maqalat al-Islamiyin.
Berhubung isu yang dibangkitkan oleh MG dimana Allah, Sila rujuk Hadis sahih Muslim tentang pertanyaan nabi kepada seorang hamba perempuan (Jariah) dimana nabi s.a.w. bertanya siapa aku? dia menjawab engkau Rasulullah, nabi bertanya lagi dimana Allah? Jariah menjawab Allah di langit. Kemudian nabi bersabda: “Bebaskan dia dia seorang beriman”. Al-Imam Abu Hassan al-Asyari menyatakan dalam Maqalat Islamiyin, aqidah yang menyatakan Allah berada dimana-mana merupakan aqidah muktazilah. Tetapi sekarang muncul pula puak yang mengatakan Allah wujud tidak bertempat sama seperti aqidah Jahmiyyah.
Sekali lagi saya mencabar saudara MG bawakan dalil atau pendapat sahabat nabi s.a.w dan juga pendapat Imam mazhab yang empat yang menyatakan Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tidak bertempat.
Akhirnya saya berharap agar perkara sebegini dibincang secara ilmiah bukan hanya berdasarkan emosi dan sikap ta’sub semata-mata. Semoga Allah menunjukkan kepada kita yang benar itu benar supaya kita dapat mengikutinya, dan menunjukkan yang bathil itu bathil supaya kita dapat menjauhinya. Wallahu a’lam.

Abu Syu’aib
mka_2705@yahoo.com

Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM)

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Tarikh : 23 Disember 2005
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Hits : 842

Monday, April 03, 2006

Pedoman : Rukhsah Jamak Solat Yang Dipinggirkan

Oleh Maszlee Malik

Bila disebutkan tentang “jamak” solat pasti terbayang di kepala kita “qasar” yang merupakan duetnya dalam solat seorang yang bermusafir.

Inilah yang telah kita pelajari sedari kecil, iaitu jika kita bermusafir (yang bukan untuk tujuan maksiat) Allah S.W.T memberikan kelonggaran kepada kita untuk “qasar”, iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja (solat Zohor, Asar dan Isyak) dan juga kelonggaran untuk “jamak”, iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu masa untuk dikerjakan, contohnya, mengerjakan solat Zohor dan Asar diwaktu Zohor (jamak taqdim) ataupun di waktu Asar (jamak taakhir) dan juga waktu Maghrib dengan Isyak samada dikerjakan pada waktu Maghrib atauipun Isyak.

Tahukah kita perbuatan “jamak” (menghimpunkan dua solat di suatu waktu) bukan hanya khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja ?, terdapat keadaan – keadaan lain juga kaum muslimin dibenarkan untuk men”jamak”kan solat mereka. Keadaan – keadaan tersebut ada disebutkan di dalam hadis – hadis sahih dan juga ijtihad para mujtahidin dalam memahami hadis – hadis yang berkaitan persoalan “jamak” solat. Yang menariknya, doktrin ini juga sebenarnya ada di dalam mazhab Syafie tetapi tidak ditekankan di dalam masyarakat kita sehingga ianya kelihatan ganjil dan mungkin ramai yang akan terkejut dengan pendedahan yang akan dilakukan. Untuk mengelakkan kekeliruan yang akan timbul, seperti biasa penulis akan membawakan rujukan – rujukan untuk dijadikan panduan untuk para pembaca.

Apakah keadaan – keadaan lain yang kita dibenarkan untuk melakukan “jamak” selain daripada keadaan bermusafir ?, ianya adalah seperti berikut :

1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.

Alangkah indahnya Islam yang kita anuti ini !, alangkah malangnya mereka yang jahil atau taksub dengan kejahilan mereka sehinggakan mereka tidak tahu kelonggaran yang Allah berikan dan menyangkakan solat adalah bebanan kepada umat Islam. Pada perenggan – perenggan berikutnya kita akan membicarakan secara terperinci keadaan – keadaan yang mengharuskan “jamak” dengan disertakan dalil – dalil yang menyokongnya.


Peringatan

Sebelum kita memulakan perbicaraan yang lebih lanjut mengenai keadaan – keadaan yang diharuskan umat Islam untuk melakukan jamak bagi solat mereka, ada beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan.

1) Bagi penganut mazhab Hanafi mereka tidak menerima perbuatan “jamak” solat kecuali bagi para hujjaj (orang yang menunaikan haji) di Arafah dan Muzdalifah sahaja. Alasan mereka ialah, perbuatan “jamak” adalah bertentangan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Nisaa ( 4 : ayat 103), yang bermaksud : “Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. Bagi mereka sesiapa yang mengerjakan “jamak” selain sewaktu mereka berada dalam musim haji di Arafah dan Muzdalifah (hatta kepada orang yang bermusafir sekalipun) telah melakukan perkara yang bertentangan dengan ayat ini. Mana tidaknya jika seseorang itu men”jamak”kan di antara Maghrib dan Isyak di waktu Maghrib, bermakna dia telah menunaikan solat Isyak bukan pada waktunya.... Walaubagaimanapun dalam persoalan “Qasar”, mereka mewajibkannya ke atas orang – orang yang bermusafir. Makanya artikel ini tidak ditujukan kepada golongan yang taksub dengan mazhab Hanafi.

2) Bagi penganut mazhab Syiah pula, mereka boleh menlakukan jamak pada bila – bila masa tanpa ada keuzuran. Malah menurut mereka, sebenarnya waktu solat itu hanya ada tiga waktu sahaja. Subuh, Zohor dan Asar adalah pada sepanjang waktu siang selagi belum masuk waktu Maghrib dan juga solat Maghrib dan Isyak pada sepanjang waktu malam sebelum masuknya waktu Subuh. Hujah mereka adalah firman Allah S.W.T dalam surah al-Israa ( 17 : ayat 78) yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat pada waktu pertengahan siang hari, pada penghujung malam dan juga pada waktu Quran Fajar (subuh)...”. Makanya jamak adalah satu kemestian bagi mereka dan boleh dilakukan tanpa ada sebab dan keadaan yang tertentu. Artikel ini juga tidak ditujukan kepada mereka dan amat besar sekali jurang perbezaan di antara apa yang akan diperbincangkan dalam artikel ini dan apa yang diimani oleh golongan Syiah.

3) Bagi mereka yang taksub dengan ajaran – ajaran pondok yang lebih merupakan ijtihad – ijtihad peribadi tok guru – tok guru pondok mereka dan enggan menerima khilaf dan pandangan orang lain juga bukanlah sasaran artikel ini. Ini kerana golongan yang ekstrim dengan sesuatu pendapat yang hanya merupakan ijtihad tetapi mereka jadikan sebagai rukun keimanan dan keislaman mereka segala perbincangan ilmiah dan perbahasan fiqh tiada ertinya selagimana ianya tidak dimuntahkan dari mulut tok – tok guru pondok ataupun ustaz – ustaz mereka. Jika ada di antara golongan ini yang terbaca artikel ini, diharapkan dapat mengambil salah satu daripada dua langkah, yang pertama, membukakan pemikiran mereka, perbincangkan apa yang telah dibaca dengan ustaz – ustaz yang berfikiran terbuka, dan letakkan di dalam pemikiran, kebenaran adalah terletak pada dalil yang kuat dan bukannya pada individu – individu tertentu. Langkah yang kedua pula, jika mereka tidak boleh membukakan pemikiran mereka, jangan meneruskan pembacaan terhadap artikel ini, tutuplah muka surat ini dan beralih ke muka surat selanjutnya, ditakuti jika mereka membaca, mereka tidak faham dan akan menimbulkan fitnah terhadap umat Islam di Malaysia dan juga majalah ini kerana kejahilan, ketaksuban dan kesempitan pemikiran mereka.

Oleh yang demikian, artikel ini ditujukan bagi pencari kebenaran, mereka yang berpemikiran terbuka, pecinta – pecinta sunnah, golongan yang mahu bertanya, golongan yang mahu berfikir dan juga bagi mereka – mereka yang ingin beramal dengan Islam di dalam segenap sudut kehidupan mereka.

Jamak kerana “Hujan”

Mazhab Syafii merupakan mazhab yang paling kuat berpegang dengan pendapat ini. Bagaimanakah caranya melakukan solat “jamak” kerana hujan ?, ia mempunyai syarat – syaratnya dan caranya yang unik seperti berikut :

1) Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

2) Waktu yang dibenarkan untuk di”jamak”kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

3) Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

4) Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

5) Ada juga di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)

(Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140)

Sandaran bagi pendapat mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di (Hadis riwayat al-Jamaah (semua ulama hadis yang terkemuka) kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah).

Dalam riwayat Muslim dan al-Tarmizi disebutkan tambahan : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

Hadis inilah yang menjadi punca perselisihan ulamak mengenai jamak sembahyang ketika tidak bermusafir. Para ulama telah memberikan komentar yang pelbagai terhadap hadis ini. Ia dapat kita lihat di dalam kitab – kitab seperti Subulus Salam, al-Majmu’, al-Mughni, Nailul Authar dan yang seumpamanya.

Bagi Imam Syafii dan juga ulama – ulama yang mengikuti ijtihadnya, hadis ini secara mafhum (fahaman tersirat) menunjukkan harus jamak kerana hujan kerana Ibn Abbas menyebutkan Rasulullah S.A.W menjamakkan solat bukan kerana hujan dan takut, maknanya jika ada hujan, solat boleh dijamakkan.

Antara ulama lain yang bersependapat dengan al-Syafii dan pengikutnya adalah Imam Ahmad yang berpendapat lebih luas dengan mengharuskan jamak pada waktu salji, angin ribut, jalan berbecak dan juga kesejukan yang luar dari kebiasaan. Imam Malik juga bersependapat dengan Imam Syafii yang mengharuskan jamak kerana hujan sahaja dan tidak dikiaskan kepada yang lain. Imam Abu Hanifah pula seperti yang telah diperkatakan sebelum ini tidak melihat keharusan melakukan jamak solat kecuali di Arafat dan Muzdalifah di musim haji sahaja. Sebahagian daripada ulama mutakhir Syafiiyah seperti al-Nawawi dan lain – lain dan juga ulama mutakhirin dari mazhab Malikiyyah bersetuju dengan pendapat Ahmad dengan meluaskan sebab yang mengharuskan jamak solat. (Lihat : Ibn Rushd (1994M), Bidayat al-Mujtahid, tahqiq : Abdullah Labadi, Damsyiq : Dar al-Qalam, jil. 1, hal. 398)

Dalam kes meluaskan skop sebab – sebab yang mengharuskan jamak ini seperti salji, angin yang kuat, sejuk dan keadaan jalan yang berlumpur dan berbecak, Imam al-Nawawi telah memberikan komentarnya dengan mengatakan : “Ini adalah yang pendapat yang terpilih”, al-Khattabi, salah seorang dari ulama dari mazhab Syafii pula dalam menyatakan sokongannya terhadap pendapat tersebut telah berkata : “Inilah yang lebih layak dengan keindahan syariat Islam”. (al-Nawawi, ibid)

Sunnah ini jika dilihat amat praktikal sekali bagi mereka yang tinggal di luar negara (negara bukan Islam) yang mana sesebuah masjid adalah sgak berjuhan dari tempat kediaman seseorang individu muslim. Mereka pastinya akan berhadapan dengan kesulitan untuk berulang alik ke masjid di waktu salji, angin yang kuat dan juga hujan.

Ianya juga tiada halangan untuk diamalkan di Malaysia, memandangkan illat (sebab) yang membawa kepada harusnya perbuatan “jamak” kerana hujan adalah hujan dan bukannya kepayahan ataupun kesulitan seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Persoalannya ke manakah perginya sunnah “jamak” kerana hujan ini di Malaysia yang umat Islamnya secara ijmak mengaku bermazhab Syafii ?. Jika umat Islam di Jordan dan beberapa negara Arab lain boleh terus menghidupkan sunnah ini mengapa di Malaysia ianya tidak berlaku ?, mungkin persoalan ini boleh dijawab oleh mufti – mufti kita yang menjadi tempat rujukan umat Islam di Malaysia. Selayaknyalah sekarang ini kita menghidupkan kembali sunnah yang telah pupus di Malaysia ini.

Jamak kerana sakit

Imam Ahmad telah berpendapat harusnya menjamakkan solat kerana sakit di atas alasan bahawa sakit yang berat itu adalah lebih payah bagi seorang muslim untuk menunaikan solat berbanding dengan hujan. Maka di dalam kes ini, Imam Ahmad mengharuskan bagi seseorang yang sakit tenat dan berat untuk menjamakkan solat mereka supaya mereka tidak dibebani dengan menanti – nantikan waktu solat dan supaya mereka dapat berehat menunggu kesembuhan sakitnya. Di dalam kitab mazhab Hanbali yang bertajuk al-Raudhul Murbi', penulisnya ada mengatakan :

“Dan diharuskan jamak antara yang tersebut itu kerana sakit yang akan ditimpa kesusahan jika ia meninggalkan jamak. Kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan jamak ketika tidakdalam keadaan ketakutan dan tidak ketika hujan Dan di dalam satu riwayat lain "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran". Ia diriwayatkan oelh Muslim dari Hadis Ibnu Abbas, tidak berkeuzuran selepas yang demikian itu kecuali sakit.” (Ibn Muflih, Al-Raudhul Murbi' : hal. 111)

Pendapatnya ini telah disokong oleh sesetengah ulama mazhab Syafii seperti al-Muzani, Imam al-Nawawi, Qadhi Hussin, al-Mutawalli, al-Rawayani, al-Khattabi dan lain – lain. al-Nawawi pula telah mengatakan : “Pendapat ini amat kuat!” (Lihat : al-Nawawi, ibid; al-Hisni, ibid; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236)

Subhanallah! Alangkah indahnya Islam, dan alangkahnya mudahnya Islam jika ianya benar – benar difahami oleh kaum muslimin. Sunnah ini jika diamalkan akan dapat menggalakkan umat Islam terus menjaga solat mereka walaupun mereka dalam keadaan uzur, di atas katil hospital ataupun dalam keadaan yang kritikal dan memerlukan banyak rehat. Sunnah ini juga pastinya akan menjawab alasan mereka – mereka yang malas menunaikan solat ataupun mereka yang melihat ibadat di dalam Islam hanyalah merupakan bebanan semata – mata.

Jamak Kerana Hajat

Dalam kehidupan muslim kadang – kadang mereka berhadapan dengan keadaan yang memaksa mereka untuk tidak dapat menunaikan solat pada waktunya. Seorang doktor yang terpaksa melakukan pembedahan selama berjam – jam, yang mana jika beliau meninggalkan walaupun sebentar akan memudaratkan pesakit. Seseorang yang terperangkap di dalam kesesakan jalanraya yang menyebabkan dia terpaksa berada di dalam keretanya berjam – jam lamanya dan tidak berupaya untuk melarikan diri dari kesesakan tersebut. Seseorang pelajar di luar negara yang menghadapi peperiksaan, menghadiri kelas yang terpaksa mengambil waktu solat isyak yang singkat, waktu zohor dan seumpamanya. Seorang saintis yang melakukan obsevasi dan kajian di dalam makmalnya yang memaksa mereka untuk berada di dalam makmalnya seharian suntuk. Seseorang yang berada di dalam penjara, lokap ataupun tahanan yang membuatkannya tidak dapat mengagak waktu – waktu solat secara terperinci. Pegawai – pegawai keselamatan yang terpaksa berkawal, menjaga dan mengawasi sesutau tempat, keadaan, jalan dan apa – apa sahaja yang tidak membenarkan mereka meninggalkan kawasan tersebut kerana kritikalnya suasana pada ketika itu. Bagaimanakah mereka dapat menunaikan solat – solat mereka pada waktunya ?

Dalam pengamalan muslim di Malaysia ada dua alternatif : yang pertama, tidak perlu menunaikan solat dan keadaan – keadaan yang berlaku merupakan hujah dan lesen terbesar mereka untuk meninggalkan solat. Persoalannya adakah mereka sanggup untuk berhadapan dengan Allah di padang Mahsyar nanti dengan alasan tersebut ?

Yang kedua, ramai muslim di Malaysia akan memilih untuk meng”qada”kan solat mereka yang ditinggalkan. Alasan mereka , oleh kerana ianya tidak dapat dilakukan pada waktunya, maka ianya perlu digantikan pada waktu yang lain. Doktrin “qada” ini kadang – kadang menjadi alat untuk ramai muslim meninggalkan solat mereka tanpa sebab yang kukuh. Insya Allah dalam keluaran – keluaran akan datang penulis akan cuba mengupas persoalan “penyalah gunaan” doktrin “qada” di kalangan masyarakat muslim di Malaysia.

Sebenarnya ada alternatif yang lebih syar’i dan lebih diperakui oleh ramai ulama dan sunnah sendiri tanpa meninggalkan solat dan tanpa melakukan “qada”. Bagaimana ?, iaitu dengan men”jamak”kan antara dua solat dalam satu waktu kerana hajat yang bersangatan dan tidak dapat dielakkan. Adakah boleh jamak untuk perkara yang sedemikian ? di sini kita akan menjawab pertanyaan ini.

Segelintir daripada ulama di dalam mazhab al-Syafii seperti Abu Ishaq al-Marozi, al-Qaffal dan al-Khattabi (lihat : al-Hisni, opcit, hal. 141), ulama mutakhirin dari mazhab Ahmad, Asyhab dari mazhab Maliki, Ibn. Munzir pengarang buku al-Ijma, golongan ahli Zahir , mazhab ahli Hadis dan juga Ibn Sirin berpendapat harus melakukan “jamak” kerana hajat yang benar – benar mendesak (Lihat : Ibn Rusyd, opcit., jil. 1, hal. 398; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236).

Mereka berhujah dengan hadis Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Muslim yang mengatakan Rasulullah S.A.W telah melakukan “jamak” di antara Maghrib dan Isyak dan juga antara Zohor dan Asar bukan kerana hujan ataupun kerana bermusafiran seperti berikut :

Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana musafir dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis tersebut diperkuatkan pula dengan hadis riwayat Ibn Syaqiq :
Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (Hadis Riwayat Muslim)

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah men”jamak”kan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya itu. Dia mengetahui jika pidatonya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya. Menurut perkiraannya meneruskan pidatonya dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. (Lihat : Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadis Hukum, Bandung : Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, hal. 350)

Walaubagaimanapun keharusan untuk melakukan “jamak” kerana hajat ini tidaklah dibenarkan secara mutlak. Para ulama yang membenarkan perlakuan tersebut telah memberikan syarat – syarat tertentu seperti berikut :

1- Ianya tidak dijadikan kebiasaan atau adat sehingga ianya dilakukan dalam banyak keadaan tanpa ada sebab yang benar – benar mendesak.

2- Hajat tersebut hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.

3- Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

Pendapat ini walaubagaimanapun telah dikritik di dalam buku Subulus Salam karangan al-San’ani di mana beliau telah menyebutkan hujah sebahagian ulama yang menolak perbuatan “jamak” kerana hajat, dengan mengatakan bahawa jamak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis Ibn. Abbas adalah jamak shuri, iaitu yang pada zahir kelihatan seperti jamak, tetapi pada hakikatnya bukan. (Juga lihat : Ibnu Hajar al-Asqalani , Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut : Darul Fikr, jil. 2, hal. 580)

Contoh: Mengerjakan sembahyang zohor pada akhir waktu, dan apabila selesai masuklah waktu Asar, kemudian bangkit mengerjakan sembahyang Asar pada awal waktu. Ianya kelihatan seolah – olah perbuatan jamak di antara Zohor dan Asar.

Hujah ini dijawab oleh golongan yang mengharuskan “jamak” kerana hajat sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Mahmud Syaltut & Mohd Ali al-Syayis di dalam buku mereka Muqaranatul Mazahib Fil Feqhi dengan mengatakan bahawa andaian tersebut terlalu jauh dan ianya merupakan sesuatu yang sukar dilakukan dan juga suatu kepayahan (untuk menentukan akhir waktu Zohor dan awal waktu Asar).Logiknya, menjamakkan solat adalah suatu kelonggaran, tetapi jika kita berusaha untuk mencari waktu terakhir Zohor dan awal Asar, itu tidak akan menjadi kelonggaran lagi, bahkan ia menjadi sesuatu bebanan.

Rukhsoh perbuatan menjamakkan solat kerana hajat ini semakin dapat diterima oleh kebanyakan ulama dari pelbagai mazhab yang bersifat terbuka dan kritikal semenjak zaman dahulu dan dewasa ini.Berikut adalah komentar daripada sebahagian para ulama muktabar yang mempunyai sikap terbuka terhadap perbuatan “jamak” kerana hajat :

1. Imam al-Nawawi telah berkata :
“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”. (Lihat : al-Nawawi , al-Majmu’, jil. 4, hal. 264.)

2. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:

"Dan Mazhab yang paling memberi keluasan dalam masalah jamak ialah mazhab imam Ahmad . Maka sesungguhnya beliau menashkan bahawa dibolehkan melakukan jamak kerana kesempitan/susah dan kesibukan." (Lihat : Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud , al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Beirut : al-Maktabah al-Islamiyyah, hal.423)

3. Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani menyebutkan:

"Dan Dari Ibnu Sirin, bahawasanya harus menjamakkan sembahyang bukan kerana takut dan bukan kerana sakit, selama ia tidak dijadikan sebagai adat. Dan telah memilih oleh Ibnu al-Munzir dan satu jamaah (sekumpulan ulamak) akan harus menjamak ketika hadar (tidak bermusafir), tidak dalam keadaan takut dan tidak hujan." (al-Sya'rani, opcit, jil. 1, hal. 199)

4. Syeikh Athiyah Saqr :

"..Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat. Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah menghikayatkanya oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka(mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." ( Syeikh Athiyah Saqr, Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam , Kaherah : Dar al-Ghad al-Gharbi, jil. 13, hal. 424-425)

Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang indah dan mudah. Ini selaras dengan misi Islam sebagai rahmat kepada sekelian alam. Segala urusan di dalam agama Islam adalah mudah, fleksibel dan juga tidak membebankan umatnya kecuali bagi mereka yang malas dan enggan menurut perintah Allah sahaja. Sayangnya kemudahan dan juga keringanan yang Allah berikan ini tidak akan dapat dilihat jika kita bersifat jahil dan tidak mahu mengambil tahu. Ianya juga akan menjadi lebih kabur jika ditutupi dengan mentaliti taksub kepada sesutau pandangan sahaja dan tidak berlapang dada di dalam menerima perbezaan. Contoh yang nyata sekali di sini ialah dalam persoalan “jamak” solat seperti yang telah kita perbincangkan secara panjang lebar di sini. Diharapkan agar pihak pembaca dapat menghayati artikel ini dan juga dapat bersama – sama mengamalkan rukhsah jamak solat yang dipinggirkan dari kehidupan seharian kita di Malaysia ini. Wallahua’lam

Wednesday, March 29, 2006

Jawapan Abu Saif tentang April Fool

Assalamualaikum WBT

Ana tak dapat nak ulas apa-apa isu yang tidak dapat diperjelaskan sumbernya. Sudah banyak kali berlaku, hal-hal seperti ini berakhir dengan imej yang memalukan umat Islam di mata non Muslim. Asalkan ada sahaja isu yang boleh menunjukkan kejahatan non Muslim terhadap umat Islam, kita menerimanya dengan mudah.

Ana masih ingat tentang penyebaran artikel sejarah April Fool tentang bagaimana umat Islam di Andalusia di’perkena’ oleh Kristian dan kejadian itu berlaku pada 1 April. Itulah asal usul April Fool. So barangsiapa yang merayakannya, maka bererti dia meraikan peristiwa umat Islam dibunuh selepas diperbodohkan oleh orang Kristian di Andalusia.

Apabila dianalisa, peristiwa tu tak pernah wujud, berlaku pelbagai penyelewengan sejarah dan kesimpulannya, mengarut. Tapi artikel ni popular di kalangan umat Islam sehingga yang timbul di mata dunia adalah:

“Umat Islam tak peduli sumber cerita, asalkan menguntungkan mereka, pasti laris diterima!”

Sebab itulah ana mengelakkan diri dari komen benda-benda macam ni.

Untuk sama macam Kristian, tak perlu sampai tunggu guna istilah mereka, cukup sekadar tingkah laku kita dalam beragama, sudah menjadikan kita ni banyak persamaan dengan budaya orang kristian dalam agama mereka.

Wallahu A’lam, wassalamualaikum wbt

ABU SAIF

Kewajipan Pemimpin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Huraian :

1. Pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya ke atas rakyat adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
2. Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya menarik hati rakyat dan rakyat pula sayang terhadapnya.
3. Sesesorang pemimpin hendakah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bersikap adil, telus dan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Ia tidak harus bersikap sombong dan mementingkan diri hingga kedapatan rakyat yang hidup menderita dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Thursday, March 09, 2006

Demi Pena

"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan" [Al-Qalam: 1]

Al Qalam
Benarlah pena itu lebih persis dari mata pedang
Kebenaran pena terpancar di bawah lembayung wahyu dan akal
Pena menari dan terus menari
Pantas bak angin samudera menerjah lautan
Aku tidak betah menahan kebenaran pena
Ahhh! adakah salah diriku dianugerahi keistimewaan ini?
Ku yakini, segala-galanya ada hikmah yang tersirat
Hikmah penuh rahsia. Sir sir...

Al Qalam
Mengapa insan mudah melatah apabila diperingatkan?
Pena menusuk tajam menghiris kebatilan
Bukankah insan itu sendiri membawa erti "lupa"?
Tidak perlukah diingatkan dan diislahkan?
Mengapa berat mengakui kesalahan?
Mengapa pena dipersalahkan?
Mengapa, mengapa dan mengapa?
Jawapan itu ada padamu wahai insan sang pelupa

Al Qalam
Aku hanyalah insan yang dipertanggungjawabkan
Oleh Rabbul Izzah Pencipta setiap sesuatu
Jika kerana pena aku dimusuhi Insan
Jika kerana pena aku dipandang keji
Jika kerana pena aku dikira hebat
Jika kerana pena aku disumpah
Jika kerana pena aku hilang segala-galanya
Aku terima segalanya kerana aku punya misi dan visi

Al Qalam
Segala puji kehadrat Rabb' yang menghadirkan kekuatan
Tiadalah aku berniat lain kecuali MardhatiLlah
Ku fahami al-amr bil ma'ruf wa nahy anil munkar
Ku junjung kalimah terpuji disertai dengan amal
Perintah Quranik kugalas di atas bahuku
Kesaksianku bersama kalimah Tauhidik
La ilaha illa Llah, Muhammadun Rasululullah
Insan tauhidik berjiwa merdeka namun undur tidak sekali

Al Qalam
Ku dambakan insan-insan karamah melontarkan ilmu
Al Farabiy, Al Ghazaliy, Al Mawardiy, Al Qalqashandiy
Kalian insan hebat penuh barakat,
Pena-pena kalian mendidik jiwaku
Sungguhpun diriku insan biasa tiada istimewa
Al Ahkam Al Sultaniyah, Sifah al Qaid al Fa'al
Al-Tibr Al Masbuk fi Nasihat al-Muluk, Subh al-A'sha fi Sina'at al-Insha'
Subhanallah, pena kalian menggegarkan runtunan perasaan

Al Qalam
Saksikanlah diri ini
Pena Al Ghazaliy menyebutkan di dalam karyanya
Yang bernama Al-Tibr Al Masbuk fi Nasihat al-Muluk
Sedarilah bahawa prinsip keadilan harus ditegakkan,
Sedarilah bahawa jawatan yang disandang itu berat pikulannya
Sedarilah bahawa jangan sesekali berlaku zalim
Sedarilah bahawa harus bersikap penyayang terhadap rakyat
Sedarilah! Sedarilah! Sedarilah!

Al Qalam
Akan ku telusuri risalah Ilmu sedaya mampu
Misi pengilmuan dan pemurnian akan ku teruskan
seperti mana unggulnya kalimah IQRA'
Akan ku peringatkan diriku dan mereka yang lalai
Aku mengerti bahawa insan ini diciptakan dengan ruh dan jasad
Bukan tugas mudah untuk merombak transformasi ruhiyah
Daripada Jahiliyyah menjadi Khayra Ummah
Namun itulah tugasku, Moga dipermudahkan

Luahan rasa
Khairol Khalid Al-Keriani
Anjung Damai

Tuesday, March 07, 2006

Antara Wala’(ketaatan) dan Bara’(berlepas diri)


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa (Az-Zukhruf: 67)

Syiar Islam telah semakin bergelojak di dalam jiwa para mujaddid yang telah mula tersedar dari tidurnya yang panjang. Telah berabad lamanya umat Islam dihina dan dihenyak pilu serta sengsara. Sejarah telah menyaksikan sekian lama bagaimana Masjid Cordova telah dirobah menjadi sebuah Gereja bobrok yang berwajah suram. Maruah Islam terus diludah dan tiada apa lagi yang mampu dilakukan untuk menghadirkan ekspresi tentangan terhadap penghinaan ini.

Alhamdulillah pujian segalanya kehadrat Rabbul Jalil sarwa alam kerana telah menghadirkan kekuatan terhadap sesetengah golongan umat Islam untuk mendambakan diri demi perjuangan lilLahiTaala. Sesetengahnya lagi hanya mampu duduk bertafakur menyendiri tanpa sebarang isyarat hatta riak muka sekalipun tidak bisa ditunjukkan kerana mungkin ada tangan-tangan ghaib yang mengawal mereka.

Kepada golongan kaku ini, suka penulis khabarkan akan kalam Allah di dalam KitabNya yang Agung.

“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama! Dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat (ke medan pertempuran). Maka jika kamu ditimpa musibah, ia berkata; “Sesungguhnya Tuhan telah menganugerahkan ni’mat kepada saya kerana tidak ikut berperang bersama mereka.” Dan sungguh jika kamu beroleh kurnia (kemenangan) daripada Allah, tentulah dia mengatakan seolah-olah belum pernah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia; “Wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula).” (An-Nisa’: 71-73)

Subhanallah!! Maha Suci Allah yang telah membenarkan dan memelihara kalamNya yang Agung. Al-Quran secara konkrit telah memaparkan akan sifat-sifat manusia yang tidak terbatas oleh latar masa dan zaman!! Inilah hakikat yang perlu dihadam dan difahami secara ekstensif dan holistik. Watak-watak manusia opportunist (manusia yang suka mengambil kesempatan) di dalam Al Quran ini terus berterusan hinggalah ke hari ini. Merekalah watak hitam yang telah diingatkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman supaya sentiasa waspada. Mungkin saja mereka bersikap begitu akibat kerana lemahnya daya akal dan tidak memahami wahyu. Sedangkan Al Faruqi telah memperjelaskan bahawa peranan akal dan wahyu itu begitu signifikan justeru ianya perlu bergerak secara seiring dan senada.

Atau mungkin saja mereka berwala’ (taat) kepada pemimpin-pemimpin mereka secara membuta tuli tanpa ada sebarang argumentasi. Amat malang dan culas sekali jika begitulah keadaan setianya mereka. Saling tak tumpah seperti setianya Tuah kepada Sultan hatta sahabat karib sanggup dibunuh. Mereka lebih suka bersikap bara’ (berlepas diri) dalam perkara kebenaran dek hanyalah kerana memikirkan “survival” mereka yang dikatakan mungkin “tergugat” sedangkan mereka tidak memikirkan langsung akan Kekuasaan Allah dan IradahNya.

Penulis fikir definisi bara’ (berlepas diri) itu telah ditafsirkan mengikut hawa nafsu mereka semata-mata tanpa melihat kepada kebenaran yang hakiki. Ini terjadi mungkin kerana kedangkalan ilmu atau mungkin saja mereka sudah merasakan terlebih ilmu!! Yang pastinya Ilmu Allah itu lebih tinggi meliputi langit dan bumi. Amat menyedihkan apabila kita menemukan ada sebahagian orang yang berkomitmen dan istiqamah terhadap ajaran agamanya, melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat, dan mengerjakan haji, namun, tidak ada apa yang dapat dilakukannya untuk mempertahankan maruah Islam. Mereka ini lebih gemar mencuci tangan di dalam air yang keruh!!

Bagaimana mungkin mereka mencintai Allah dan mereka juga mengiakan saja atau mendodoikan perbuatan biadab musuh-musuhNya dalam satu masa? Bagaimana mungkin cinta seperti itu bertemu dalam satu hati?

Demi Allah, sesungguhnya orang yang mencintai Allah, akan mencintai kekasihNya dan membenci musuh-musuhNya. Jadi harus ada perbezaan dalam berwala’ (ketaatan) dan bara’ (berlepas diri).

Sudah pastinya tiada jalan mudah untuk menegakkan kebenaran. Imam Ahmad menambah di dalam Musnadnya:

Dan sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, kesenangan itu bersama penderitaan dan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan (Ahmad, no.2800)

Ingin penulis nasihatkan kepada mereka-mereka yang bersongkok segak, berkopiah putih, dan yang bersih wajahnya agar jangan sekali-kali berlaku zalim terhadap Islam. Amat malang jika mereka bertasbih pagi dan petang, siang dan malam sedangkan mereka enggan melihat kepada keutamaan dan maslahat yang perlu dijaga serta dipertahankan terlebih dahulu.

Ambillah iktibar dan pengajaran dari kisah Musa A.S dan Firaun laknatullah seperti mana yang telah diberitakan di dalam Al Quran. Lihatlah betapa beraninya Musa sehingga sanggup menegur Firaun walaupun Firaun itu adalah bapa angkatnya sendiri dan seorang pemimpin yang amat berkuasa pada ketika itu. Tidak sesekali Musa memilih bulu atau mendiamkan diri hanya kerana dirinya adalah anak angkat sang penguasa! Kebenaran harus tetap ditegakkan!

Lihat saja jaminan Allah kepada Nabi Musa,

Kami berkata: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang). (Thaha: 68)

Sayed Qutb menyebutkan, “jangan sesekali kamu semua merendahkan dirimu, kerana aqidahmu lebih unggul dan tinggi, kamu semua bersujud kepada Allah Taala semata-mata, sementara mereka itu bersujud kepada sesuatu ciptaan Allah atau sebahagian daripada makhlukNya. Ajaranmu juga lebih luhur, kamu berjalan di atas ajaran yang dicipta daripada Allah, sementara mereka berjalan di atas sebuah ajaran atau sistem yang dicipta oleh makhluk Allah dan peranan kamu lebih besar, serta kedudukan kamu di bumi ini lebih mulia dan lebih tinggi” (Lihat Fi Zhilalil Quran, juzu’ 1, hal.480)

Setiap manusia mempunyai hati. Tetapi adakah hati itu masih mampu berdiri teguh apabila dilanda ujian tanpa bisa goyah walau dilanggar todak sekalipun atau hati itu telah dibutakan dengan sifat takut dan was-was yang tidak kena pada tempatnya!!

Firman Allah,

…..sesunggunya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati di dalam dada. (Al Haj: 46)

Mereka telah dianugerahi ni’mat pendengaran, penglihatan dan hati, namun sejauh manakah mereka pernah menggunakan seluruh ni’mat ini dalam meninggikan agama Allah?

Mereka mendengar dengan telinga bahawa ada orang menghina Islam, mereka melihat dengan mata perbuatan kuffar yang biadab itu, mereka mempunyai hati untuk menilai, tetapi!! Malangnya mereka lebih enak bersenang-senang dan lebih suka melihat saudara seIslam mereka berpenat lelah bermati-matian tanpa ada usaha sekelumit pun untuk berpartisipasi sama.

Ingatlah kepada amaran Allah,

……sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Al-Isra’: 36)

Janganlah mereka menjadi seperti ciri-ciri manusia yang disebutkan oleh Allah Taala di dalam surah Al-A’raf, ayat 179.

“Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

Mereka melihat kemungkaran dalam keadaan mereka mampu melakukan sesuatu, tetapi mereka lebih betah melihatnya dengan mata yang terkebil-kebil. Acapkali kedengaran bahawa tindakan akan diambil terhadap perbuatan mungkar itu, tetapi akhirnya janji hanya tinggal omong kosong sahaja.

Lebih membimbangkan, kini pihak kuffar amat menghargai tindakan mereka yang hanya berdiam diri walaupun Islam dikecam dengan begitu hebat. Pihak kuffar telah mengisytiharkan mereka sebagai “sahabat” yang “baik” dek kerana sifat baculnya itu!! Sungguh memualkan dan memalukan!! Inilah natijahnya apabila konsep wala’ (ketaatan) dan bara’ (berlepas diri) ditafsirkan secara songsang sehingga membawa padah yang amat krucial sekali. Dunia ohh dunia..

Ketahui dan yakinilah bahawa kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Allah pasti akan menghantar tenteraNya walaupun mereka enggan menerimanya. Pilihan terletak sepenuhnya kepada diri mereka samaada mahu turut serta atau tertinggal jauh ke belakang begitu sahaja.

Firman Allah,

"Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 3)

Namun sesungguhnya walaupun seringkali mereka melakukan kesilapan, Allah tetap menerima taubat hambaNya tetapi dengan syarat taubat itu haruslah “taubat nasuha”.

Penulis mengingatkan diri penulis sendiri dan mereka-mereka lain yang mana telah diberikan amanah kuasa kepadanya, namun culas kerna tidak tahan dengan mehnah cabaran serta tribulasi, atau apa juga alasannya, supaya kembali kepada Allah seperti mana firmanNya,

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (Ali-‘Imran:135-136)

Dan akhirnya, penulis memohon kepada Allah dengan doa seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasulullah di dalam hadith sahihnya yang berbunyi,

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu daripada kekikiran dan pengecut, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepadaMu daripada lilitan hutang dan penguasaan orang lain (atas diriku) (Abu Daud, no.1555)

Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjaga agamaNya selagi mana nyawa dikandung badan. Tidak ada istilah wala’ (ketaatan) dalam perkara kemungkaran dan kemaksiatan serta tidak ada istilah bara’ (berlepas diri) dalam usaha mempertahankan Islam. Sebagai seorang mahasiswa yang telah diberikan kecerdasan akal berfikir dan mampu mengkaji sesuatu perkara secara komparatif, maka teruskanlah penerokaan Ilmu Allah ini. Jangan sesekali bersikap taklid dan jumud dalam memberikan wala’ dan bara’.

Moga kita diselamatkan oleh Allah Azzawajalla daripada fitnah akhir zaman.

Rahmatan Lil 'Alamin

Sekian

Mohammad Khairol bin Khalid

Anjung Damai

6 Mac 2006

3:01 minit pagi