Tuesday, September 27, 2005

Tumbangnya Abbasiyyah

Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad itu, telah berlangsung selama 500 tahun, yang merupakan satu ketamadunan yang hebat dan kemajuan yang sangat agung. Monggol merupakan satu kabilah yang hidup sekitar 800 tahun di negara yang bersebelahan dengan China. Negara mereka berbatu batan dan angin bertiup kencang.. udaranya sejuk.. dan musim sejuk mereka terlalu dingin serta terlalu panjang sehingga sampai tahap -58 darjah bawah paras beku.. ini bermakna lebih sejuk daripada peti ais. Mereka memakan haiwan, kuda, anjing, tikus, ular dan bangkai.. Mereka menyembelih musuh mereka ketika dalam peperangan, memakan dan meminum darah mereka… Pernah satu ketika mereka berperang di negara China. Mereka kehabisan makanan sedangkan mereka dalam kelaparan.. Apa yang mereka lakukan..?

Mereka menyembelih salah seorang daripada mereka dan meminum darahnya.. Ini satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh binatang sendiri….. Cubalah bayangkan…!!

Tentera Monggol ini adalah penyerang yang kuat.. sehingga salah seorang daripada mereka mampu menyatukan bangsa mereka dan menubuhkan kerajaan Monggol dan menamakan dirinya sebagai Gengkhis Khan (Penakluk dunia) dan memulakan kerajaannya. Mereka melepasi tembok China yang besar dan terus menyerang empayar China sehinggalah berlaku peperangan yang menakutkan. Tentera Monggol memperolehi kemenangan dan Gengkhis Khan terus memperluaskan lagi wilayahnya.. Ia bergerak bersama tenteranya dan mendapat kemenangan terhadap musuh serta membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan mereka .., menyembelih penduduk…, membakar negeri dan menghancurkan bandar bandar..

Tentera Monggol membunuh lebih dari 70 ribu orang wanita, kaum lelaki dan kanak kanak. Menghalau mereka keluar daripada kampung halaman dan mengikat mereka dengan tali yang panjang ke belakang dan membunuhnya beramai ramai. Di kota yang lain pula mereka membunuh hampir setengah juta penduduk sehinggakan kucing dan anjing.

KERAJAAN MONGGOL DAN KERAJAAN ABBASIYYAH.

Gengkhis Khan mati setelah ia membentuk satu empayar yang luas. Kerajaan ini diteruskan oleh pemerintah yang lain. Tentera Monggol terus meluaskan wilayahnya, menyerang negeri lain, menghancurkan bandar-bandar dan membunuh sesiapa sahaja yang menghadangnya. Menyusup masuk ke negara China, Afghanistan, Pakistan, Iran dan Turki dan banyak kawasan di Rusia dan Eropah..

Tentera Monggol sampai ke sempadan kerajaan Abbasiyyah di Iraq dan terus menyerangnya. Mereka sampai ke ibu negara Baghdad dan mengepungnya.. Mereka dapat menawan Baghdad, membunuh khalifah dan penduduk Baghdad sekitar satu juta orang..

Pembunuhan dan pembakaran berterusan sekitar 40 hari.. dan darah ratusan ribu penduduk Baghdad mengalir membasahi bumi.. Memenuhi bumi dan jalan, mengalir ke sungai Dajlah sehingga menjadikan airnya menjadi warna merah.. Baghdad ketika itu adalah ibu negara dunia Islam yang kaya dengan kesenian dan keilmuan.

Tetapi penyembelihan tentera Monggol ini telah membakar istana, masjid-masjid buku-buku serta kitab kitab.., memusnahkan segala bentuk fenomena ketamadunan dan peradaban. Orang-orang tua, kaum wanita dan kanak kanak keluar memegang al-quran di tangan mereka, meminta belas kasihan daripada tentera Monggol tetapi tentera ini terus meratah mereka dan mati bi bawah tapak kaki kuda tentera Monggol. Mereka terus mara.. Ketika Monggol menyerang kerajaan Abbasiyyah segenap penjuru dunia ketakutan. Banyak pemerintah yang menyerah kepada tentera tanpa sebarang peperangan..kebanyakan pemerintah dan penguasa Islam melarikan diri ke Mesir..

Tentera Monggol mula beralih ke Syam, menyerang bandar Halab dan mengepungnya. Mereka masuk dengan ganas serta membunuh ribuan penduduknya.. Pembunuhan dan pemusnahan berterusan selama tujuh hari. Seterusnya tentera Monggol menyerang Damsyik dan menawannya. Mereka memusnahkan rumah-rumah dan kedai kedai, serta menyalakan api di istana dan masjid, membunuh kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak. Tentera Monggol menawan bandar Damsyik yang selebihnya, sehingga sampai ke Ghazzah berhampiran dengan sempadan Mesir. Akhirnya.. mereka sampai ke Mesir..

Kita sekarang berada di Mesir, pada zaman pemerintahan kerajaan Mamalik kira kira 750 tahun dahulu.. dan pemerintah Mesir pada ketika itu ialah Sultah Qutuz.. Pemerintah Monggol bernama Hulaku. Hulaku mula melihat ke arah negara Mesir dan ingin menawannya.. Dia memberi amaran kepada sultan Mesir..

Amarannya adalah seperti berikut : [ Dari raja segala raja di timur dan barat, pemimpin yang maha agung, kepada raja Muzafar Qutuz, semua pemerintah negaranya serta penduduk negara Mesir..Kamu telah mendengar bahawa kami membuka negara, kami telah membunuh semua para hamba. Kamu hendaklah melarikan diri, kamu tidak akan terselamat dari mata pedang kami. Kuda-kuda kami amat pantas, dan anak panah kami sangat tepat dan mata pedang kami seperti kilat, jiwa kami seperti gunung dan bilangan kami ibarat pasir. Sesiapa yang ingin memerangi kami akan menyesal dan sesiapa yang menharapkan jaminan kami akan selamat..]

Hulaku menulis surat amaran ini untuk mengugut sultan Mesir agar menyerah. Mereka mengirim amaran ini melalui empat orang utusan mereka. Pemerintah Mesir bersidang membincangkan tentang perkara ini. Mereka memutuskan untuk menolak amaran sultan Monggol ini dan membunuh utusannya kerana mereka menghina Mesir. Kepala mereka digantung di pintu Zuwailah..

Ini bermakna pengisytiharan perang antara Mesir dan Monggol, dan ini antara cabaran yang paling besar dihadapi oleh sultan Mesir. Pada ketika itu tentera barisan hadapan Mesir telah berada di sempadan timur.. Sultan Mesir mengarahkan salah seorang menterinya yang bernama Baybers agar memimpin tentera hadapan menuju sempadan.

Tenteranya Islam keluar meninggalkan kota Kaherah dengan iringan paluan gendang serta tiupan trompet, dengan semangat yang membakar. Tentera Mesir berjalan di bahagian pantai lautan menuju ke timur.. Sultan Qutuz melakukan tipu daya yang sangat bijaksana. Beliau menyembunyikan tenteranya pada pokok-pokok yang berhampiran dengan perkampungan yang bernama Ain Jalut.

Beliau mengatur perancangan tentera pejalan kakinya untuk berhadapan dengan tentera Monggol yang boleh menyekat pergerakan tentera berkuda Monggol dan mengganggu kepantasan kuda mereka yang akhirnya mereka menjadi kucar kacir.Tiba-tiba tentera berkuda Mesir membuat serangan terhadap barisan tentera Monggol yang sedang kelam kabut. Sultan Bebres melakukan beberapa perancangan:

Sekiranya serangan tentera Monggol terlalu kuat terhadap tentera pejalan kaki, maka tentera Islam Mesir hendaklah berpura pura kalah dan berundur.. Membiarkan satu ruangan di tengah-tengah tentera agar tentera mereka memasukinya. Secara tiba-tiba tentera Mesir kembali membuat serangan. Sebahagian membuat serangan daripada sebelah kanan manakala sebahagaian lagi membuat serang daripada sebelah kiri, lalu mereka terperangkap di bahagian tengah.

Pada hari berikutnya, Jumaat, di bulan Ramadhan tentera Islam bertempur dengan tentera Monggol yang gagah perkasa itu, di suatu pertarungan yang agak sengit. Pertarungan semakin rancak dan barisan musuh semakin kelam-kabut. Sultan Mesir berteriak : Demi Agama Islam, lalu baginda mencabut tengkoloknya dan melemparkannya ke atas tanah dan terjun ke medan pertarungan.. Allah membantu hamba-Nya yang mukmin pada bulan Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 September.. dengan memberi kemenangan besar iaitu Ain Jalut. Tempat inilah yang telah mengubah sejarah. Tentera Monggol melutut kepada Islam dan negara yang lain. Tentera Islam terus menyerang saki-baki tentera Monggol sehinggalah berjaya menghalau mereka keluar daripada Palestin dan Syria..

Baybers memimpin tentera Mesir sehingga sampai ke Ghazzah dan memperolehi kemenangan serta menawan bandar Ghazzah. Inilah pertama kali tentera Monggol berjaya dikalahkan.

Majlis penyerahan watikah perlantikan exco ABIM

Bismillaahirrahmaanirrahim

Penulis sempat menghadiri majlis penyerahan watikah exco ABIM pusat pada Sabtu lalu. Bermula dengan ucapan oleh Abang Yusri selaku Presiden ABIM dan kemudiannya diikuti oleh Cik Azam selaku Mantan Presiden. Cik Azam menekankan tentang "soft war" yang kini di hadapi oleh dunia. Ianya adalah perancangan teliti yang telah disusun atur oleh Barat beralaskan alasan "demokrasi". Mereka mendoktrinkan dunia hari ini dengan idea demokrasi berkiblatkan idea-idea mereka semata.

Seterusnya diikuti dengan ucapan oleh Dr Halim El Muhammady selaku ahli syura ABIM. Beliau menerangkan secara "surface" dan kronologi sejarah gerakan ABIM di sepanjang pembabitan beliau.


Gambaran hadirin muslimin yang hadir pada ketika itu. Di belakang Abang Ju sedang berdiri, ligat menangkap gambar. ^_^


Gambaran hadirin muslimat yang juga hadir. Mereka adalah tunggak dalam merealisasikan gerakan ABIM selaku badan yang mapan dan sentiasa maju ke hadapan.

3 tokoh utama ABIM yang disegani. Dari kiri, Abg Yusri (Presiden ABIM), tengah Dr Halim El Muhammady (Ahli Syura ABIM), dan kiri sekali Cik Azam (Mantan Presiden ABIM) yang suka berjenaka. Namun jenakanya itu memiliki makna yang mendalam.

Mujahed dan Abg Fairus (YDP ABIM Melaka) sedang khusyuk mendengar kalimah ucapan daripada Dr Halim El Muhammady.

Majlis tamat selepas penyerahan watikah perlantikan. Semua hadirin dijemput makan tengahari sebelum bersurai.

Begitulah kirannya acara pada pagi itu. Tahniah kepada exco yang telah dilantik. Lakukanlah tugas anda dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah merahmati kalian.


Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Abang Fairus yang meluangkan masanya untuk membawa kami ke anjung rahmat pada pagi itu. Semoga Allah membalas jasanya dengan rahmah dan keredhaanNya.

Wallahu taa'la a'lam

Friday, September 23, 2005

SALAFIYYUN YANG SEBENAR

Oleh Khairol Khalid
Anjung Damai
Jumaat
12.42 am

Assalamualaikum warahmatullah.

Sahabatku yang dikasihi.

Sesungguhnya Islam hari ini telah dibayangi oleh pelbagai aliran pemikiran dan tareqat. Semuanya berusaha untuk mendapatkan maqam yang tertinggi yakni mardhatiLlah. Maka sifat fitrah kejadian manusia akan sentiasa mencari dan terus mencari, apakah formula sebenar untuk mencapai keredhaan yang hakiki itu.

Justeru wujudlah golongan mujtahid agama yang sentiasa berusaha berijtihad dan membudayakan keghairahan mencari ilmu bagi menyelongkar khazanah Islam yang sebenar.

Kelihatan hari ini ramai golongan-golongan muda yang sarat dengan usahanya untuk mendalami ilmu agama. Sayangnya dalam pencarian ini, mereka terkandas dan terkulai di tengah jalan. Pemahaman yang diterapkan dalam minda mereka begitu dangkal sehingga mereka menghukum sesuatu itu berdasarkan pengkajian mereka tanpa didasari oleh pemahaman ilmu yang utuh. Lantas mereka sendiri tidak pasti dan beranggapan bahawa hanya pandangan mereka sahaja yang sahih dan rajih berkiblatkan dengan penemuan mereka.

Mereka berhukum dengan apa yang mereka pelajari, dan yang lebih malang sumber ilmu yang mereka dapati adalah daripada sumber-sumber seperti internet dan melalui pembacaan mereka semata. Mereka jarang mendengar kuliah dan bertanya sendiri “lutut bertemu lutut” kepada guru yang lebih aula berkenaan sesuatu isu. Padahnya mereka memahami perkara itu secara serong dan songsang yang bakal membawa impak maha dasyat.

Kadangkala sehingga ke tahap yang melampaui batas, mereka merasakan diri mereka seolah-olah lebih Islam dari orang lain. Mereka menolak dengan keras amalan-amalan yang tidak ada di dalam Al Quran dan Hadith tanpa melihat kepada uslub dakwah dan fiqh al aulawiyat (fiqh keutamaan). Perkara-perkara furu’ (cabang) dilihat sebagai perkara yang besar. Mereka cukup marah apabila melihat orang awam melakukan amalan yang tidak ada sandaran kepada sunnah Nabi. Mereka begitu berkobar-kobar untuk menukar masyarakat kepada ahl al-salaf mengikut kacamata mereka. Mereka taksub dan cenderung kepada ulama’-ulama’ atau penceramah-penceramah tertentu sahaja. Ini amat berbahaya di dalam aliran dunia pemikiran Islam.

Ini mengingatkan penulis kepada kata-kata Dr Siddiq Fadzil, “ Marahnya orang-orang yang mengaku diri mereka salafiyyun ini kepada orang yang solat subuh dengan membaca doa qunut adalah lebih teruk daripada orang yang tidak solat langsung. Lebih hina orang yang bersolat dengan membaca doa qunut daripada orang yang langsung tidak solat. Seolah-olahnya orang yang tidak solat itu adalah lebih baik daripada orang yang bersolat subuh dengan membaca doa qunut”

Tinta penulis hari ini ingin mengupas daripada apa yang ditulis dan diterjemahkan oleh Al Marhum Ustaz Abdul Wahab Zakaria. Beliau adalah seorang ilmuan yang amat dihormati pada zamannya, dan keluasan ilmunya diyakini dan diiktiraf walaupun beliau sudah tiada lagi. Pesanan arwah adalah pesanan seorang daie’. Almarhum sendiri telah menulis berkenaan dengan GERAKAN SALAFIYYAH seperti yang telah digembar-gemburkan di Malaysia mutahir ini walaupun sebenarnya di tanah arab perkara ini sudah lama berlaku. Apakah salafi yang sebenarnya dan bagaimana yang dikatakan sebagai salafiyyun wahabiyyun.

Penulis boleh mengkategorikan isu Salafiyyah ini kepada beberapa perkara.

  1. Siapakah salafus soleh
  2. Manhaj salafi

i. Persoalan Akidah (Ta’wil)

ii. Persoalan Qada’ dan Qadar

iii.Penekanan kepada Penghayatan Islam

  1. Sikap dan peribadi salafi
  2. Maksud salafiyyun
  3. Asas pemikiran salafiyyun
  4. Gerakan salafiyyah
  5. Kesimpulan

Penulisan ini agak berat dan tidak mungkin dapat dikupas dengan tulisan penulis yang ringkas ini. Namun penulis berharap agar kekeliruan tentang hal ini dapat dijernihkan. InsyaAllah.

SIAPAKAH SALAFUS SOLEH

Mereka ini adalah adalah generasi muslimin yang terbaik, terpilih dan termulia selepas para Anbiya’ sebagaimana firman Allah,

Terjemahan: Orang-orang yang terdahulu, lagi yang pertama-tama (masuk Islam) diantara orang muhajirin dan ansar dan orang yang mengikut mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah. (at-Tawbah 9:100)

Khuzaifah bin al Yaman berkata, “Wahai Qurra’ (penghafaz Al Quran) beristiqamahlah kamu, ambillah jalan orang-orang sebelum kamu, demi Allah jika kamu mengikuti mereka, kamu telah berada jauh di hadapan, dan jika kamu mengambil jalan kanan dan kiri, kamu telah jauh tersesat.

Para sahabat menerima didikan langsung dari Rasulullah. Mereka menerima Islam di dalam keadaannya tulen dan jernih. Hati mereka terbuka kepada Al Quran dan Iman. Mereka berjihad dengan jiwa dan tenaga, kemudian mengembangkan ajaran mereka kepada Tabi’in sebagaimana yang diterima oleh mereka daripada cahaya kenabian secara terang dan bersih. Daripada Rabb Al Alamin yang benar lagi mulia diutuskan kepada Jibril as, kemudiannya diwahyukan kepada Nabi saw, terus kepada para sahabat salafus soleh.

Mereka menerima pertanggungjawaban daripada Nabi dan kemudiaannya diteruskan oleh Tabi’in, disambung pula manhaj mereka oleh Tabi’in al-Tabi’in sehinggalah kepada kita hari ini. (wa man tabi’ahum bi ihsaanin ilaa yau middin)

Para sahabat merupakan generasi pertama Islam. Mereka membaca Al Quran bukan kerana tujuan ilmu dan meluaskan pandangan, bukan kerana berhibur atau bertelagah berkenaan persoalan Fiqah (Furu’) semata, atau kerana penulisan ilmiah.

Tetapi mereka membaca Al Quran sebagai perintah daripada Allah untuk ditegakkan di dalam kehidupan seharian dan di dalam jemaah, dilaksanakan sahaja perintah tersebut apabila diterima seperti mana seorang tentera menerima perintah harian di medan perang.

Begitulah kehidupan para sahabat di dalam beragama. Mereka adalah generasi yang unik memikul tanggungjawab Islam. Mereka disebut sebagai Isabat al Iman atau Askar Al Quran dan Junud ar-Rahman. Mereka itulah digolongkan di dalam Ashab al-Salaf al-Salih.

Maksud As-Salaf adalah “terdahulu”. Ahl As Salaf ertinya orang yang terdahulu. Dimaksudkan dengan mereka adalah sahabat yang empat yakni Khalifah sesudah Nabi, dan juga para sahabat Nabi lain yang hidup pada ketika itu, termasuk Tabi’in yang terpilih. Namun ada ulama yang memasukkan golongan Tabi’in al- Tabi’in, bahkan ada yang memasukkan golongan ulama selepas Tabi’in al- Tabi’in dengan menilai kehidupan dan thiqah mereka.

Ringkasnya, orang yang dimasukkan di dalam golongan ahl as- Salaf ialah orang yang hidup 300 tahun sejak masa Nabi saw. Golongan yang terkemudian dinamakan sebagai ahl al-khalaf (orang yang terkemudian)

Selama 3 abad yang terawal itu adalah generasi yang paling bersih di dalam hal perkembangan akidah, syariah dan akhlaq islami. Dalam periode ini boleh dikatakan tidak timbul perbahasan ilmu kalam, perselisihan mazhab, kelahiran bentuk2 tareqah, sekalipun wujud pergolakan pada zaman Uthman dan Ali.

Mereka dikira sebagai ahl as-salaf kerana hampir dengan baginda rasulullah. Mereka beramal dengan apa yang diajar oleh Nabi. Mereka tidak menambah atau mengurangkan dalam perkara yang telah ditetapkan di dalam Al Quran dan As Sunnah. Ini kerana nabi masih hidup dan segala masalah dapat dirujuk kepada Rasulullah. Mereka bersaksi dengan kesaksian Rasulullah. Sesungguhnya tidak ada keraguan pada diri mereka.

MANHAJ SALAFI

Rata-rata Ahl as-salaf tunduk kepada Nas dan kurang menggunakan logik akal dalam menta’wilkan sesuatu berkenaan hal agama. Mereka beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain kerana ianya adalah perintah Allah dan Rasul Nya.

Mereka melakukan tuntutan Islam yang lima, tetapi tidak menafsirkan ibadat tersebut yang ada kaitan pada asalnya dengan ekonomi, kesihatan dan kemasyarakatan. Contohnya zakat dapat menjana kekuatan ekonomi. Bagi ahl as-salaf, mereka tidak akan menta’wilkan zakat itu menjana kekuatan ekonomi. Tetapi mereka hanya melakukannya dengar dasar perintah Allah. Mereka hanya berpegang dengan hikmah yg telah diterangkan di dalam Al Quran dan As Sunnah. Syiar amalan mereka adalah “sami’na wa ata’na” (Kami dengar, dan kami patuh)

Mereka tunduk kepada nas dengan ketundukan yang mutlak. Tunduk anggota, hati dan jiwa. Akal mereka berteraskan wahyu. Peranan wahyu menunjukkan akal kepada kebenaran, terutama dalam bidang yang bukan menjadi peranan akal utk menyelidikinya.

Mereka berpendapat, walaupun agama tidak bertentangan dengan akal, tetapi ia bukan hasil pemikiran manusia. Abu Dawud dan Al- Dar Qutni meriwayatkan daripada Saidina Ali, katanya, “ Kalau agama dicapai melalui fikiran, tentunya menyapu di bawah khuf lebih utama daripada menyapu di atasnya. Tetapi aku melihat Rasulullah menyapu di atasnya.”

Itulah jalan Ahl as-salaf al-salih dan jalan orang mu’min. Iaitu hanya sujud kepada Allah, tunduk secara total kepada Nas, bukan kepada akal. Andaian dan kajian berteraskan ilmu tauhidik.

i. Persoalan Akidah (Ta’wil)

Dalam persoalan akidah, mereka tidak langsung mempersoalkan tentang persoalan kewujudan Allah, persoalan sifat Allah, dan persoalan Qada’ dan Qadar.

Justeru mereka tidak pernah bertanya atau memperbincangkan tentang dalil kewujudan Ar-Rahman. Ini kerana rasulullah sendiri memulakan dakwahnya dengan wahyu “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan” yang menuntut keimanan dan keyakinan yg penuh kepada Allah. Jadi tidak timbul sebarang bentuk argumentasi berkaitan hal wujudnya Allah.

Ahl as-salaf tidak pernah membangkitkan isu ini baik pada kurun pertama atau kedua hijrah. Umat Islam tidak perlu berbicara soal ini kerana bukan tugas akal untuk membuktikan tentang kewujudan Allah. Perbedaan antara Manhaj Iman dan Manhaj Ilmu ialah, manhaj iman dimulakan dengan yaqin, manakala manhaj ilmu dimulakan dengan ragu.

Mereka beriman dengan sifat Allah yang disebut sebagai “laisala kamithlahuu syai’” (tidak menyerupai sesuatu), tetapi mereka tidak menganalisa sifat tersebut mengikut akal fikiran mereka..

Jika mereka membaca ayat Quran dan Hadith yang menzahirkan sifat Allah seumpama al-yad, al-wajh, al-istiwa’, mereka menerima perkataan itu tanpa tafsiran lanjut.

Pendirian mereka adalah beriman dengan sifat-sifat tersebut tanpa mentanzihkan Allah daripada berjirim atau berjisim. Ini tidak bererti perkataan itu tidak bermakna, tetapi makna perkataan itu disesuaikan dengan keagungan dan kebesaran Allah.

Imam Malik pernah ditanya berkenaan dengan ayat “ Ar Rahmaanu alal a’rsyis tawaa” (Allah bersemayan di atas Arasy). Dia ditanya bagaimana yang dikatakan “bersemayan” itu. Imam Malik menjawab, “ Beriman dengannya adalah wajib, menolaknya adalah kafir, tetapi bertanya bagaimana caranya ‘bersemayan’ itu adalah bid’ah.

Kaedah mereka dalam masalah ini adalah “muruuhaa kamaa jaa’at” (terimalah ia sebagaimana ia datang).

Itulah pegangan ahl as-salaf al salih mengenai sifat Allah. Itulah juga pegangan Imam Malik, Imam Ahmad bin Hambal, dan Imam Syafie. Untuk menimbulkan permusuhan dalam masalah ini bukanlah dari manhaj mereka.

ii. Persoalan Qada’ dan Qadar

Persoalan ini termasuk di dalam ayat-ayat mutasyabihat. Mereka beriman dengannya kerana ia adalah salah satu dari rukun iman. Tetapi mereka tidak berbicara tentangnya kerana ditegah oleh Rasulullah.

Persoalan Qada’ dan Qadar dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti ikhtiyar, jibr, af’al al ibat dan persoalan lain adalah perkara yang telah dibahaskan oleh manusia semenjak zaman berzaman.

Golongan yahudi membicarakan tentangnya, maka lahirlah pelbagai aliran. Golongan nasrani juga memperdebatkannya, maka timbullah pelbagai perselisihan dan lahir pelbagai kumpulan.

Rasulullah mahu perkara ini diselesaikan dikalangan umatnya. Baginda mengambil sikap yang tegas melarang umatnya daripada membahaskan persoalan qada’ dan qadar.

Al- salaf as solih tunduk kepada arahan. Keikhlasan mereka beriman dan mengikut jejak baginda membawa kepada amalan dan akhlak nabawiyyah. Jika timbul sesuatu perkara, mereka merujuk kepada Al Quran dan Al Hadith. Jika masalah furu’ yang dibenarkan utk berijtihad, mereka melakukannya berdasarkan ketetapan rasulullah. Masing-masing berlumba kearah khairat dan maghfirah.

iii. Penekanan kepada Penghayatan Islam.

Mereka membaca Al Quran dengan penglihatan yang sebenar. Apabila bertemu dengan ayat-ayat yang memperkatakan sifat orang mu’min, fasiq, dan kafir, mereka merenung kepada diri mereka sendiri. Membuang segala yang mazmumah dan diisi dengan sifat mahmudah. Mereka adalah “ruhbaanullail fursaanunnahaar” (abid pada waktu malam, dan pahlawan perang pada waktu siang)

Syiar mereka adalah “saari’uu ilaa maghfiratin mirrabbihi” (berlumba-lumba mencari keampunan daripada tuhannya). Mereka gemar mempelajari ilmu berkaitan Al Quran dan As Sunnah.

Mereka memiliki Thiqah yang terpuji. Mereka bukan pelaku dosa. Mereka meninggalkan perkara yang melalaikan seperti nyanyian yang ditiru dari luar. Mereka tidak mengikut dan menciplak budaya bangsa lain yang hina kerana meninggalkan Al Quran dan As Sunnah. Mereka memiliki jatidiri yang kental. Mereka mengelakkan diri daripada mempelajari ilmu yang membawa mudharat dan tidak mendatangkan manfaat dalam meningkatkan amal ibadat mereka.

SIKAP DAN PERIBADI SALAFI

Antara sifat peribadi mereka adalah sabar, berani, tawakkal, mujahadah, muhasabah, dan zuhud. Zuhud bererti mereka tidak terikat dengan bebanan dunia. Jika dunia ditangan kanan mereka, dan akhirat di tangan kiri mereka. Sekiranya dunia itu terlalu berat sehingga perlu di pilih sama ada mahu melepaskan dunia atau akhirat, maka tentunya mereka akan melepaskan dunia demi utk akhirat.

Mereka suka mengeratkan silaturrahmi, berziarah, beriadah, berjalan di muka bumi sambil melihat kesan kebesaran Allah dan merapatkan ukhuwwatul islamiyyah berdasarkan konsep “wata’aa’wanuu alaa birri wattaqwa” (bertolong tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa).

Apabila membincangkan sesuatu perkara, mereka lebih gemar untuk membicarakan tentang perkara-perkara yang mampu dilakukan daripada membicarakan perkara yang mustahil dilakukan.

Mereka tidak tergesa-gesa dalam memberi sesuatu fatwa. Mereka juga menjaga uslub dakwah mereka dan melihat kepada bi’ah dan uruf masyarakat setempat. Mereka menjawab perkara yang dirasakan penting sahaja. Kalau tidak mereka lebih suka mengatakan la adri atau la ahsan (saya tidak tahu atau saya bukan orang terbaik utk menjawabnya)

Ini hanyalah sebahagian daripada gaya hidup mereka. Terdapat pelbagai istilah yang diberikan kepada mereka sebagai melambangkan kewara’kan mereka. Sesetengah ulama menyebut mereka al fakih, al muhaddith dan lain-lain. Semoga kita semua termasuk di dalam kalangan mereka.

MAKSUD SALAFIYYUN

Al-Salafiyyun adalah ulama dan orang-orang yang menisbahkan diri mereka mengikuti ahl al-salaf. Keseluruhan pendapat dan pandangan mereka mengenai akidah dinisbahkan kepada manhaj yang digariskan Imam Ahmad bin Hambal r.a yang acapkali membincangkan mengenai akidah salaf di dalam kitabnya.

Penulisannya dan pendapatnya itu diteruskan oleh Syeikul Islam, Ibnu Taimiyyah pada kurun ke 7 hijriah dan seterusnya dibangkitkan semula secara serius oleh Syeikh Muhammad bin al-Wahhab pada kurun ke 12 hijriah semenanjung tanah hijjaz. Alirannya kemudiaannya di kenali sebagai “mazhab wahhabi.”

Kadangkala golongan yang mengaku sebagai salafiyyun marah apabila mereka digelar sebagai seorang wahhabi. Tetapi sedarkah mereka bahawa syeikh Muhammad bin al Wahhab adalah di antara reformis yang membangkitkan semula perkara ini. Jadi apabila di sebut sebagai wahhabi itu bukanlah sebagai satu hinaan, tetapi adalah kerana nasab aliran pemikiran yang mereka ikuti. Justeru tidak salah rasanya jika golongan yang mahu mengikut jalan salaf di gelar sebagai wahhabi.

Imam Ahmad bin Hambal telah mengikuti aliran pemikiran salafus soleh. Iaitu prinsip berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Prinsip ‘Sunnah’ berdasarkan pandangan beliau adalah:

1. Berpegang dengan apa yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah dan pengikut mereka
2.Meninggalkan bid’ah kerana setiap bid’ah itu menyesatkan
3.Meninggalkan perbantahan, perselisihan dan pertentangan dalam agama

Menurut beliau, As Sunnah menafsirkan Al Quran dan menjadi dalil kepadanya. Imam Ahmad tidak menerima Qiyas digunakan di dalam hadith. Qiyas tidak diterima sebagai sumber penerimaan ilmu, namun ianya dibolehkan di dalam hal-hal berkaitan muamalat dan hukum hakam.

Iman Ahmad menyatakan bahawa maksud iman itu adalan I’tiqad, tasdiq perkataan dan perbuatan. Iman bertambah dengan amalan dan berkurang dengan maksiat. Orang Islam yang melakukan dosa besar tidak terkeluar dari Islam kecuali Syirik. Orang Islam yang melakukan maksiat tidak kekal di dalam neraka. Urusan mereka terletak kepada Allah sama ada mahu diampunkan atau dihukum seksa.

Inilah akidah yang benar. I’tiqad kumpulan yang terselamat. Yakni ahl sunnah wal jamaah yang terdiri daripada golongan salaf dan khalaf masa kini.

Ibnu Taimiyyah memperincikan mengapa golongan ini di sebut sebagai ahl sunnah wal jamaah. Jamaah itu adalah ijtima’ yakni berpadu. Lawannya adalah firqah yakni berpecah. Jalan mereka adalah;

1. Mengikut dasar Rasulullah zahir dan batin
2. Mengikut jalan as saabiquunal awwaluun yakni orang muhajir dan ansar

Antara prinsip ahl Sunnah wal jamaah ialah;

  1. Agama dan iman itu merangkumi taqrir, tasdiq, dan amal. Iman boleh bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
  2. Membenarkan karamat al auliya’ sebagaimana yang telah tercatat di dalam surah al kahfi.
  3. Menyuruh kepada yang ma’ruf dan menegah kepada yang mungkar.
  4. Memelihara jamaah
  5. Mendokong segala amalan mahmudah dan menolak amalan mazmumah.
  6. Wasatiah dan istiqamah dalam amalan.

Salafiyyun menegaskan bahawa kalimah syahadah itu adalah penafian untuk sebarang sekutu bagi Allah. Ucapan ini sekaligus merangkumi 3 jenis tauhid yakni tauhid asma’ wassiffah, tauhid rubbubiyyah, dan tauhid uluhiyyah.

Oleh kerana salafiyyun mendokong konsep wahdaniyyat yakni keesaan Allah taala yang mutlak baginya, maka dengan itu salafiyyun menolak tawassul, bernazar di atas kubur, dan perkara-perkara lain yang tidak ada sandaran hadith yang kukuh.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa salafiyyun tidak pernah mengkafirkan mana-mana golongan yang bertentang pendapat dengan mereka. Jadi tidak timbul isu kafir mengkafir ataupun diletakkan label ‘ahli bid’ah’. Itu bertentangan dengan amalan salafiyyun sendiri.

Kepada golongan yang terang-terang bertentangan dengan akidah Islam sekalipun, seperti golongan falsafah mutakallimun, mu’tazilah, suffiyah yang berfahaman ittihad dan fana’ dan yang seangkatan dengannya, mereka ini digolongkan kepada golongan yang cenderung kepada kesesatan. Salafiyyun tidak meletakkan mereka dalam kategori kafir atau dholaalul mubin (kesesatan yang nyata)

ASAS PEMIKIRAN SALAFIYYUN

  1. Al ittibaa’ la al ibtidaa’ yakni menurut nas dan tidak mengadakan sesuatu perkara yang telah disempurnakan oleh nabi.
  2. Menolak taqlid dan mengambil ijtihad dalam perkara yang belum diputuskan oleh nas dan perkara yang bertentangan dengannya. Namun ianya tergantung kepada keupayaan individu. Imam Syafie merantau menuntut ilmu agama sebelum menjadi imam yang muktabar. Jika rasa diri masih belum mampu untuk melakukan ijtihad, maka wajar kita bertaqlid kepada imam yang telah diketahui thiqahnya.
  3. Menolak akal dan mengambil naqal di dalam urusan I’tiqad
  4. Berjemaah dan mendukung ajaran Islam dan menolak perpecahan.

Konsep Islam yang dijunjung adalah pegangan ahl sunnah wal jamaah dan jalan yang diikuti adalah jalan ahl al salaf al soleh.

GERAKAN SALAFIYYAH

Gerakan ini dikenali sebagai gerakan yang ingin memurnikan kembali ajaran Islam yang sebenar. Sesudah zaman salafus soleh berakhir pada kurun ke 3 hijriah, pemikiran umat Islam pada ketika itu diselubungi oleh metodologi dari Yunani di dalam bidang ilmu kalam. Perpecahan dan peperangan sesama masyarakat Islam berlaku. Diikuti oleh kejatuah Sepanyol ke atas tentera Salib. Kekalahan umat Islam di timur dan di barat berlaku pada akhir kurun ke 19 Masehi. Menyaksikan sebahagian besar negara Islam jatuh ke tangan barat atau blok-blok komunis.

Umat Islam pada ketika itu berada dalam keadaan yang amat lesu. Walau bagaimanapun, tetap wujud di kalangan umat ketika itu, jemaah yang mengikut jalan salafus soleh. Semangat penentangan kepada penjajah, sabar menanggung segala ujian, dan benci kepada kemungkaran dan kekufuran timbul di jiwa umat Islam ketika ditiupkan serpihan ruh jihad salafus soleh kepada mereka.

Semangat gerakan salafiyyah ini kemudiannya diterokai dan dijalankan secara serius oleh as syeikh ibnu Taimiyyah dan muridnya yang terkenal iaitu Ibnu Qayyim al Jawziyyah pada tahun ke 7 hijriah. Kemudian dilanjutkan oleh Syeikh Muhammad Abd Al Wahhab dan pengikutnya di sepanjang tanah arab pada kurun ke 12 hijriah hinggalah ke hari ini.

Mazhab Wahhabi berasaskan imam Ahmad bin Hambal merupakan mazhab rasmi kerajaan arab Saudi.

Di Mesir, Assyahid Imam Hasan Al Banna menegaskan bahawa gerakan ikhwan adalah “Dakwah Salafiyyah”. Ini dibuktikan dalam kitab beliau yang berjudul al a’qaid. Kitab itu secara jelas menggariskankan ketetapan akidah berlandaskan jalan salafus soleh.

Gerakan Jama’at al-Islami di Pakistan dan Jemaah Tabligh yang berpusat di India pada dasarnya adalah di antara gerakan yang mengajak kepada Al Quran dan Al Hadith. Kitab-kitab yang ditulis oleh Ulama Jemaah itu secara jelas menunjukkan bahawa mereka mendukung ajaran salafus soleh sekalipun di dalam sesetengah perkara ada penilaian yang mempertikai manhaj mereka dalam mengikut jalan ini.

Gerakan Muhammadiyah di Indonesia juga mendukung ajaran salafiyyah. Ini kerana mereka juga menolak taqlid dan menggagaskan keperluan ijtihad jika berkemampuan.

Dua tokoh umat Islam pada abad ini iaitu Jamaluddin al Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh digelar sebagai ahl al islah. Mereka juga dikatakan mengikut jejak ahl al salaf kerana usaha dan jasa mereka menyedarkan umat Islam agar tidak terkongkong dalam kemunduran dan kejumudan.

Di Bangladesh Timur,satu gerakan yang dinamakan al faraaidhah dipelopori oleh Haji Shaairatullah pada tahun 1922. Matlamatnya juga mengajak umat Islam di tempat itu kembali kepada Al Quran dan Al Hadith dalam erti kata sebenar.

Pendek kata, di mana mana jua terdapat gerakan yang ingin membangunkan Islam. Mereka ini mendaulatkan Al Quran dan Al Hadith di dalam jiwa mereka. Justeru mereka juga di gelar sebagai salafiyyun yakni golongan yang mengikuti jejak langkah salafussoleh. Jadi kita tidak perlu mendabik dada untuk mengatakan bahawa hanya kita yang mengikut jalan salafussoleh. Di serata alam, fikrah Islam telah tersebar sebagai bukti kehebatan Allah dan bukti pengorbanan mujaddid-mujaddid Islam.

KESIMPULAN

Sudah pasti kita tidak mempunyai pilihan lain selain mengikut Al Quran dan Al Sunnah, menurut usul, kaedah dan matlamat sebagaimana yang telah digariskan Rasulullah saw.

Untuk memenuhi cita-cita itu, tidak ada jalan yang lebih ideal melainkan jalan ahl al salaf al soleh. Jalan itulah yang kita dukung dan tidak salah jika kita mengatakan bahawa kita adalah pendokong Dakwah Salafiyyah.

Abu Hasan Ali al Husni al Nadwi menyatakan para pengikut yang setia kepada Al Quran dan Al Sunnah, yang menyerahkan diri kepada Al Quran dan perjuangan Rasulullah disebut sebagai Rabbaniyyun Mukhlisun.

Al Salaf al Soleh adalah mukmin pilihan yang berjuang dalam masa 3 abad yang pertama Hijrah.

Al Salafiyyah pula adalah mereka yang menghayati dan mendukung Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al Salaf al Soleh dari segi kaedahnya dan spiritualnya.

Gerakan Salafiyyah ialah gerakan untuk mengembalikan umat Islam kepada kejernihan Islam yang asli. Ianya diperjuangkan sama ada oleh individu ataupun golongan yang berada di dalam Jamaah Islamiyyah. Selagi mana seseorang itu memperjuangkan Islam berteraskan kefahaman kepada Al Quran dan Al Sunnah, maka dia adalah salafiyyun dan berada di dalam gerakan Salafiyyah.

Antara prinsip Salafiyyun.

  1. Dengar dan patuh (sami’naa wa ata’naa)
  2. Menerima sebagai mana yang di sampaikan oleh Rasulullah.
  3. Tunduk kepada nas
  4. Berijtihad dalam perkara yang tidak diputuskan secara jelas oleh nas
  5. Sujud kepada Allah secara menyeluruh.

Setiap muslim haruslah mencontohi sifat ahl al salaf al soleh seperti ikhlas, sabar, berani, dan yang paling penting ialah tasaamuh (sikap berlapang dada). Jangan terlalu rigid dan menganggap diri sendiri sahaja yang betul. Raikanlah perbedaan pendapat dan berdakwahlah mengikut uslubnya.

Fahaman al salaf al soleh merangkumi makna ahl sunnah wal jamaah.

Sekian
Wassalamualaikum warahmatullah


Thursday, September 22, 2005

Abu Ubaidah bin Jarrah

Abu Ubaidah adalah di antara tokoh yang amat dikagumi oleh penulis. Penulis berazam utk meneladani sifat Abu Ubaidah. Semoga Allah merahmati seluruh mujaddid Islam sarwa alam.
*********

Wajahnya selalu berseri. Matanya bersinar. Tubuhnya tinggi kurus. Bidang bahunya kecil. Setiap mata senang melihat kepadanya. Dia selalu ramah tamah, sehingga setiap orang merasa simpati kepadanya.

Di sampmg sifatnya yang lemah lembut, dia sangat tawadhu’ (rendah hati) dan sangat pemalu. Tetapi bila menghadapi suatu urusan penting, dia sangat cekatan ba gaikan singa jantan bertemu musuh.

Dialah kepercayaan ummat Muhammad. Namanya‘Amir bin ‘Abdillah bin Jarrah Al-Fihry Al-Qurasyi”, dipanggil “Abu ‘Ubaidah”;

‘Abdullah bin ‘Umar pernah bercerita tentang sifat sifat yang mulia, katanya: “Ada tiga orang Quraisy yang sangat cemerlang wajahnya, tinggi akhlak dan sangat pe malu. Bila berbicara, mereka tidak pernah dusta. Dan apabila orang berbicara kepada mereka, mereka tidak cepat-cepat mendustakan. Mereka itu ialah: Abu Bakar Shiddiq, ‘Utsman bin ‘Affan, dan Abu ‘U’baidah bin Jarrah.”

Abu ‘Ubaidah termasük kelompok pertama masuk Islam. Dia masuk Islam ditangan Abu Bakar Shiddiq, sehari sesudah Abu Bakar masuk Islam. Waktu itu beliau menemui Rasulullah saw. bersama-sama dengan ‘Abdur Rah man bin ‘Auf, ‘Utsman bin Mazh’un dan Arqam bin Abi Arqam untuk mengucapkan syahadat di hadapan beliau. Kerana itu mereka tercatat sebagai tiang-tiang pertama dalam pembangunan mahligai Islam yang agung dan indah.

Dalam kehidupannya sebagai muslim, Abu ‘Ubaidah mengalami masa penindasan yang keras dan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin di Makkah, sejak permulaan sampai akhir. Dia turut menderita bersama-sama kaum muslimin yang mula-mula, merasakan tindakan kekerasan, kesulitan dan kesedihan, yang tak pernah dirasakan oleh pengikut agama-agama lain di muka bumi ini. Walaupun beqitu, dia tetap teguh menerima segala macam cubaan. Dia tetap setia dan membenarkan Rasulullah pada setiap situasi dan kondisi yang berubah-ubah.

Bahkan ujian yang dialami Abu ‘Ubaidah dalam perang Badar, melebihi segala macam kekerasan yang pernah kita alami.

Abu ‘Ubaidah turut berperang dalam perang Badar. Dia menyusup ke barisan musuh tanpa takut mati Tetapi tentera berkuda kaum musyrikin menghadang dan mengejarnya kemana dia lari. Terutama seorang laki-laki, mengejar Abu ‘Ubaidah dengan sangat beringas kemana saja. Tetapi Abu ‘Ubaidah selalu menghindar dan menjauhkan diri untuk bertarung dengan orang itu. Orang itu tidak mahu berhenti mengejarnya.

Setelah lama berputar-put akhirnya Abu ‘Ubaidah terpojok. Dia waspada menunggu orang yang mengejarnya.

Ketika orang itu tambah dekat kepadanya, dalam posisi yang sangat tepat, Abu ‘Ubaidah mengayunkan pedangnya tepat di kepala lawan. Orang itu jatuh terbanting dengan kepala belah dua. Musuh itu tewas seketika dihadapan Abu ‘Ubaidah. Siapakah lawan Abu ‘Ubaidah yang sangat beringas itu?

Di atas telah dikatakan, tindak kekerasan terhadap kaum muslimin telah melampaui batas. Mungkin Anda ternganga bila mengetahui musuh yang tewas di tangan Abu ‘Ubaidah itu tak lain ialah “Abdullah bin Jarrah” ayah kandung Abu ‘Ubaidah.

Abu ‘Ubaidah tidak membunuh bapanya. Tetapi membunuh kemuysrikan yang bersarang dalam peribadi bapanya. Berkenaan dengan kes Abu ‘Ubaidah tersebut, Allah swt. berfirman sebagai tersebut

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih-sa yang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasulnya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22)

Ayat di atas tidak menyebabkan Abu ‘Ubaidah membusungkan dada. Bahkan menambah kukuh imannya kepada Allah dan ketulusannya terhadap agama. Orang yang mendapat gelar ‘kepercayaan ummat Muhammad” ini ternyata menarik perhatian orang-orang besar, bagaikan besi berani menarik logam di sekitarnya.

Muhammad bin Ja’far menceritakan, “Pada suatu ketika para utusan kaum Nasrani datang menghadap kepada Rasulullah. Kata mereka, “Ya, Aba Qasim! Kirimlah bersama kami seorang sahabat Anda yang Anda pandang cakap menjadi hakim tentang harta yang menyebabkan kami berselisih sesama kami. Kami senang menerima keputusan yang ditetapkan kaum muslimin.”

Jawab Rasulullah, ‘Datanglah nanti petang, saya akan mengirimkan bersama kalian “orang kuat yang terpercaya”

Kata ‘Umar bin Khaththab, “Saya pergi shalat Zhuhur lebih cepat dan biasa. Saya tidak ingin tugas itu diserahkan kepada orang lain, kerana saya ingin mendapatkan gelar “orang kuat terpercaya”. Sesudah selesai shalat Zhuhur, Rasulullah menengok ke kanan dan ke kiri. Saya agàk menonjolkan diri supaya Rasulullah melihat saya. Tetapi beliau tidak melihat lagi kepada kami. Setelah beliau melihat Abu ‘Ubaidah bin Jarrah, beliau memanggil seraya berkata kepadanya, ‘Pergilah engkau bersama mereka. Adili dengan baik perkara yang mereka perselisihkan.”

Maka pergilah Abu ‘Ubaidah dengan para utusan Nasrani tersebut, menyandang gelar “orang kuar yang terpercaya”.

Abu ‘Ubaidah bukanlah sekadar orang kepercayaan semata-mata. Bahkan dia seorang yang berani memikul kepercayaan yang dibebankan kepadanya. Keberan itu ditunjukkannya dalam berbagai peristiwa dan tugas yang dipikulkan kepadanya.

Pada suatu hari Rasulullah saw. mengirim satu pasukan yang terdiri dari para sahabat untuk menghadang kafilah Quraisy. Beliau mengangkat Abu ‘Ubaidah menjadi ketua pasukan, dan membekali mereka hanya dengan sekarung kurma. Tidak lebih dri itu.

Kerana itu Abu ‘Ubaidah membahagi-bahagikan kepada para prajuritnya sehari sebuah kurma bagi seorang. Mereka mengulum kurma itu seperti menghisap gula-gula. Sesudah itu mereka minum. Hanya begitu mereka makan untuk beberapa hari.

Waktu kaum muslimin kalah dalam perang Uhud, kaum musyrikin sedemikian bernafsu ingin membunuh Rasulullah saw. Waktu itu, Abu ‘Ubaidah termasuk sepuluh orang yang selalu membentengi Rasulullah. Mereka mempertaruhkan dada mereka ditembus panah kaum musyrikin, demi keselamatan Rasulullah saw. Ketika pertempuran telah usai, sebuah taring Rasulullah ternyata patah. Kening beliau luka, dan di pipi beliau tertancap dua mata rantai baju besi beliau. Abu Bakar menghampiri Rasulullah hendak mencabut kedua mata rantai itu dan pipi beliau.

Kata Abu ‘Ubaidah, “Biarlah saya yang mencabutnya!”

Abu Bakar menyilakan Abu ‘Ubaidah. Abu ‘Ubaidah kuatir kalau Rasulullah kesakitan bila dicabutnya dengan tangan. Maka digigitnya mata rantai itu kuat-kuat de ngan giginya lalu ditariknya. Setelah mata rantai itu tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal satu. Kemudian digigitnya pula mata rantai yang sebuah lagi. Setelah tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal pula sebuah lagi.

Kata Abu Bakar, “Abu ‘Ubaidah orang ompong yang paling cakap.”

Abu ‘Ubaidah selalu mengikuti Rasulullah berperang dalam setiap peperangan yang dipimpin beliau, sampai beliau wafat.

Dalam musyawarah pemilihan Khalifah yang pertama (Yaumu s-saqifah), ‘Umar bin Khaththab mengulurkan tangannya kepadà Abu ‘Ubaidah seraya berkata, “Saya memilih Anda dan bersumpah setia dengan Anda. Kerana saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:.

“Sesungguhnya tiap-tiap ummat mempunyai orang dipercayai. Orang yang paling dipercaya dan ummat ini adalah Anda (Abu ‘Ubaidah).”

Jawab Abu ‘Ubaidah, “Saya tidak mahu mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita shalat sewaktu beliau hidup (Abu Bakar). walaupun sekarang beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia.”

Akhirnya mereka sepakat memilih Abu Bakar inenjadi Khalifah Pentama, sedangkan Abu ‘Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu utama bagi Khalifah.

Setelah Abu Bakar, jabatan khalifah pindah ke tangan ‘Umar bin Khatthab Al-Faruq. Abu ‘Ubaidah selalu dekat dengan ‘Umar dan tidak pernah membangkang perintahnya, kecuali sekali. Tahukah Anda, perintah Khalifah ‘Umar yang bagaimanakah yang tidak dipatuhi Abu Ubaidah?

Peristiwa itu terjadi ketika Abu ‘Ubaidah bin Jarrah memimpin tentera muslimin menaklukkan wilayah Syam (Syria). Dia berhasil memperoleh kemenangan demi ke menangan berturut-turut, sehingga seluruh wilayah Syam takluk ke bawah kekuasaannya sejak dan tepi sungai Furat di sebelah Timur sampai ke Asia Kecil di sebelah Utara

Sementara itu, di negeri Syam berjangkit penyakit menular (Tha’un) yang amat berbahaya, yang belum pernah terjadi sebelumnya, sehingga korban berjatuhan. Khalifah ‘Umar datang dan Madinah , sengaja hendak menemui Abu ‘Ubaidah. Tetapi ‘Umar tidak dapat masuk kota kerana penyakit yang sedang mengganas itu. Lalu ‘Umar menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah sebagai berikut:

“Saya sangat penting bertemu dengan Saudara. Tetapi saya tidak dapat menemui Saudara kerana wabak penyakit sedang berjangkit dalam kota. Kerana itu bila surat ini sampai ke tangan Saudara malam hari, saya harap Saudara berangkat menemui saya di luar kota sebelum Subuh. Dan bila surat ini sampai ke tangan siang hari, saya harap Saudara berangkat sebelum hari petang.”

Setelah surat Khalifah tersebut dibaca Abu ‘Ubaidah, dia berkata, “Saya tahu maksud Amirul Mu’minin memanggil saya. Beliau ingin supaya saya menyingkir dari penyakit yang berbahaya ini.”

Lalu dibalasnya surat Khalifah, katanya;

“Ya, Amirul Mu’minin! Saya mengerti maksud Khalifah memanggil saya. Saya berada di tengah-tenciah tentera muslimin, sedang bertugas memimpin mereka. Saya tidak ingin meninggalkan mereka dalam bahaya yang mengancam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Saya tidak ingin berpisah dengan mereka, sehingga Allah memberi keputusan kepada kami semua (selamat atau binasa). Maka bila surat ini sampai ke tangan Anda, ma’afkanlah saya tidak dapat memenuhi permintaan Anda, dan beri izinlah saya untuk tetap tinggal bersama-sama mereka.”

Setelah Khalifah ‘Umar selesai membaca surat tersebut, beliau menangis sehingga air matanya meleleh ke pipinya. Kerana sedih dan terharu melihat Umar menangis, maka orang yang disamping beliau bertanya, “Ya, Amiral Mu’ minin! Apakah Abu ‘Ubaidah wafat?”

“Tidak!” jawab ‘Umar. “Tetapi dia berada di ambang kematian.”

Dugaan Khalifah tersebut tidak salah. Kerana tidak lama sesudah itu Abu ‘Ubaidah terserang wabak yang sangat berbahaya. Sebelum kematiannya Abu ‘Ubaidah berwasiat kepada seluruh prajuritnya:

“Saya berwasiat kepada Anda sekalin. Jika wasiat ini kalian terima dan laksanakan, kalian tidak akan sesat dari jalan yang baik, dan senantiasa berada dalam bahagia.

“Tetaplah menegakkan shalat. Laksanakan puasa Ramadhan. Bayar sedekah (zakat). Tunaikan ibadah haji dan ‘umrah. Hendaklah kalian saling menasihati sesama ka lian. Nasihati pemerintah kalian, jangan dibiarkan mereka tersesat. Dan janganlah kalian tergoda oleh dunia.

Walaupun seseorang boleh berusia panjang sampai senibu tahun, namun akhinnya dia akan menjumpai kematian seperti yang kalian saksikan ini.

“Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...” Kemudian dia menoleh kepada Mu’adz bin Jabal.

Katanya, “Hai, Mu’adz! Sekarang engkau menjadi Imam (Panglima)!” Tidak lama kemudian, ruhnya yang suci berangkat ke rahmatullah. Dia telah tiada di dunia fana. Jasadnya tidak lama pula habis dimakan masa. Tetapi amal pengorbanannya akan tetap hidup selama-lamanya.

Mu’adz bin Jabal berdiri di hadapan jama’ahnya, lalu dia berpidato:

“Ayyuhannaas! (Hai sekalian manusia!) Kita semua sama-sama merasa sedih kehilangan dia (Abu ‘Ubaidah). Demi Allah! Saya tidak melihat orang yang lapang dada melebihi dia. Saya tidak melihat orang yang lebih jauh dan kepalsuan, selain dia. Saya tidak tahu; kalau ada orang yang lebih menyukai kehidupan akhirat melebihi dia. Dan saya tidak tahu, kalau ada orang yang suka memberi nasihat kepada umum melebihi dia. Kerana itu marilah kita memohon rahmat Allah baginya, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pula kepada kita semua.

Amin!!

Berbeda pendapat

Assalamualaikumwarahmatullah

Sepintas lalu terdetik jiwa ini untuk menghuraikan permasalahan umat yang semakin membarah dan kian membeku di dalam benak jiwa umat mutahir ini.

Bergelojak jiwa reformis-reformis Islam yang semakin mual dan mungkin saja hampir memuntahkan kemarahan mereka terhadap persepsi songsang yang telah disalahertikan oleh golongan-golongan wu’adz dan qussas.

Ada suara-suara lalat yang berterbangan dan menyatakan bahawa kita tidak perlu berdebat/ berbeda pendapat/ berijtihad/ berkhilaf kerana segala perbuatan ini dikatakan sebagai perbuatan yang “JAHIL”. Lemparan kata ini mengejutkan dunia aliran pemikiran dan tertanya-tanya jiwa yang merdeka ini adakah tuduhan ini benar!!!!!!

Benarkah perdebatan itu bersifat jahil di dalam Islam?

Sejauh manakah yang dikatakan jahil itu di dalam sesuatu perdebatan di dalam uruf masyarakat budaya kita?

Persoalan ini sebenarnya membawa kita kembali kepada Islam yang sebenar. Inginku bertanya kepada netter sekalian apakah sifat Islam itu sebenarnya? Jika kita tidak punya kebebasan bersuara dan mengemukakan hujah apakah bezanya kita dengan komunis yang mengamalkan corak pemerintahan DIKTATOR.

Sudah tentu tidak wahai sahabatku…Islam adalah agama yang mengamalkan konsep kebebasan bersuara dan meraikan perbedaan pandangan. Al Quran menyarankan musyawarah, “wa syawirhum fi’l amri (Ali Imran:159), sebagai prinsip yang khusus dalam mencernakan keputusan.. Malah “Syura” harus menjadi budaya organisasi, “wa amruhum syura baynahum” (Asy-Syura:38)

Budaya kerja Islam adalah “participatif” dan “konsultatif” dan kesepakatan (consensus) merupakan corak menjana keputusan dalam merangka tindakan dan gerakerja untuk berdayamaju dan berdayatahan.

Mana mungkin kita boleh bersifat “participatif” jika diharamkan perbedaan pendapat antara kita. Jika tidak melalui proses perdebatan dan kebebasan bersuara maka adalah MUSTAHIL kita mampu memperoleh hasil yang jitu dan mapan.

Sejarah telah membuktikan kita bagaimana kisah ratu balqis dan Nabi Allah Sulaiman.

Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku)."
(An Naml: 32)

Mereka menjawab: "Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada ditanganmu: maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan." (An Naml:33)

Nah kita melihat apakah maksud tersirat dari kisah ini. Jika kita tidak mampu untuk berdebat dan berbeda pandangan, maka apakah bedanya kita dengan pembesar ratu Balqis? Adakah netter tidak tahu berfikir?

Apabila Balqis bertanya, maka pada ketika itu para perbesarnya hanya menyerahkan keputusan bulat bulat kepada Ratu Balqis. Tanpa ada musyawwarah dan perbincangan secara konkrit. Budaya menjadi “pak turut” ini telah dinukilkan oleh Al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Dan sejarah ini berulang tanpa manusia mahu mengambil pengiktibaran dari sejarah ini. Malah menuduh sesiapa yang berdebat mengenai sesuatu permasalahan sebagai manusia yang “JAHIL”. Manusia-manusia seperti ini adalah manusia yang tidak menghayati hikmah Al Quran. Malah tuduhan yang sinis ini amat berbahaya bagi sesiapa yang tidak mampu berfikir secara holistik (kamilah).

Tanpa ada proses perdebatan dan perbedaan di dalam satu perkara, tidak akan wujud “wahdatul-fikr” (kesatuan visi) dan “wahdatul-amal” (kesatuan kerja). Jika kedua perkara ini tidak dapat digapai, maka pasti selama-lamanya umat Islam akan berada di takuk lama dan tidak akan mampu mendepani cabaran mendatang.

'Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, kalau tidak mampu, dengan lidah, kalau tidak mampu, dengan hati, yang

demikian itu (cegah dengan rasa benci di hati) adalah selemah-lemah iman.' (Riwayat Muslim daripada Abu Sa`id al-Khudri)

Acapkali kita dilontarkan dengan matan hadith di atas, tetapi adakah kita menghayatinya?

Mencegah dengan lidah sudah pasti tidak akan dapat lari dengan perdebatan. Ulama-ulama khalaf malah ulama mazhab yang 4 juga tidak dapat lari dengan perbedaan pendapat.

pakah kita lebih hebat dari ulama’ muktabar ini sehinggakan lidah kita begitu rakus menghukum orang yang berdebat itu adalah manusia yang “JAHIL”. Begitu lancang mulut kita berkata-berkata sehingga tidak memikirkannya terlebih dahulu..

Kita kadang-kadang bercerita berkenaan dengan kefahaman yang berbeda-beda antara empat orang buta akan apakah ianya gajah setelah mereka merasai dengan tangan bahagian-bahagian gajah yang berlainan itu. Tetapi sebenarnya antara orang yang celik sekalipun terdapat pendapat dan persepsi yang berbeda-beda akan apa sahaja yang mereka lihat.

Zaman menyekat kebebasan dan pengabdian telah lama pupus. Sekarang adalah masanya untuk kita berganding bahu untuk kita menyerlahkan potensi pembaharuan yang murni menjelang kehadiran cabaran yang pelbagai. Miskinnya manusia bukan kerna harta, tetapi miskinnya manusia kerna kongkongan minda.

Buat para netter yang berani membuka wacana pemikiran dan menerjah dunia ijtihadi berlandaskan kupasan ilmu tauhidik, maka ku alu-alukan kalian dengan puisiku ini,

Bunga Seroja di dalam pagar ,
Kembang mewangi semerbak sunyi ,
Dengan helah pencak pendekar ,
Takkan tergugat pahlawan sejati ,

Wassalamualaikumwarahmatullah

Wednesday, September 21, 2005

Seminar Motivasi di DBP

Selepas menghadiri Kursus Kesukarelawanan Muda, penulis beserta dengan abg Jue terus bergegas ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) utk menghadiri satu seminar yang dikendalikan oleh seorang speaker dari indonesia. Speaker itu memperkenalkan satu teknik motivasi rohani yang dinamakan ESQ.

Diantara gambar yang sempat dirakam oleh penulis,



Gambar di atas adalah gambar Master of Ceremony (MC) ketika mengendalikan majlis. Semasa kursus ini berjalan. MC ini menangis teresak-esak. Mungkin ucapan speaker itu menyentuh hatinya.


Presentation speaker itu agak baik. Gambar di atas adalah gambar asteroid.



Gambaran hadirin pada ketika itu. Agak padat.



Abg Raimi (President PKPIM) juga hadir selaku tetamu kehormat


Makcik menangis keesakan menceritakan dirinya yang dahulu dan kini dia telah insaf. Mereka berdua tinggal di Singapura. Syabas kerana kesanggupan mereka mengorbankan masa utk hadir ke seminar ini.

Begitulah kiranya senario seminar ketika itu. Sesungguhnya kita adalah manusia biasa. Kadangkala kita tersilap dan tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Tetapi apa yang paling penting, kita hendaklah sentiasa bertaubat dan menginsafi diri. Allah amat menyukai hambaNya yang suka memohon taubat.

Wallahu taala a'lam

Kursus Asas Kesukarelawanan

Pada 17 September yang lalu, telah diadakan Kursus Asas Kesukarelawanan. Dikendalikan oleh Saudara Jufitri Joha selaku koordinator Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Bermula dari 9.30 pagi hingga ke 1.30 petang.

Dimulakan dengan perasmian oleh En. Shirajuddin Sirat, pengurus Global Peace Malaysia (GPM).


En Shirajuddin telah menekankan kepentingan niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Perlu ada keikhlasan dan ketekunan didasari oleh 3 elemen penting iaitu,

A- Apa
K-Kenapa
B-Bagaimana

Kemudian diteruskan oleh Mejar (B) Azlan Mohammad Sharif yang menerangkan secara global berkenaan dengan ciri-ciri seorang sukarelawan. Beliau juga menceritakan secara ringkas mengenai pengalamannya semasa berada di kawasan bergolak seperti Palestin.



Setelah itu, ditunjukkan tayangan video Palestin kepada kami.

Selepas rehat, sesi diteruskan lagi dengan tayangan video jurnal perjalanan saudara Helmi dan rakannya ke Laos dengan menaiki keretapi.



Kemudian, apabila sesi video tamat, bengkel diteruskan lagi dengan penerangan secara mendalam oleh Saudara Jufitri Joha mengenai dengan objektif dan tatakerja GPTD.



Juga bersama-sama dinyatakan pencapaian GPTD setakat ini dan pelan tindakan yang telah dilaksanakan untuk membawa rahmat sarwa alam.

Setelah itu diadakan sedikit perbincangan dari hati ke hati kepada setiap peserta baru. Apa kecenderungan mereka dan ke mana mahu mereka tuju.



Kursus tamat dan semua peserta dijemput untuk makan tengahari.