Thursday, September 15, 2005

Bencana Katrina

Saban hari kita melihat bencana-bencana yang telah berlaku...Namun hati ini masih leka dan lupa bahawa nyawa kita ini hanyalah seperti kaca, bisa pecah pada bila-bila masa sahaja.

Selepas bencana tsunami di bumi Acheh, kita dikejutkan pula oleh kehebatan taufan katrina yang telah mengakibatkan begitu banyak jiwa terkorban.

Hal ini sendiri telah diakui oleh Presiden Amerika, yang sentiasa menganggap dirinya paling berkuasa. Ingatlah bahawa sekuat-kuat namrud tetapi mati di tangan seekor nyamuk. Sehebat-hebat firaun namun terkulai ditelan arus laut.



President George W. Bush said the unprecedented scope of the disaster made it impossible to cope.
"The magnitude of responding to a crisis over a disaster area that is larger than the size of Great Britain has created tremendous problems that have strained state and local capabilities," Bush said in his radio address Saturday.

Sedangkan Amerika yang dikatakan menguasai dunia juga tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya terkebil-kebil melihat betapa Maha Hebatnya Kuasa Allah. Kun fayakun...Jadi maka jadilah!!! Pada ketika itu manusia akan hilang kesombongan dirinya..

Allah hanya menggunakan asbab kuasa alam sahaja utk menghancurkan manusia.. Lihat sahaja kekuatan angin katrina.

Manusia terus saja lari bertempiaran...tidak perlu kuasa atom mahupun nuklear....hanyalah angin....itulah peringatan bagi manusia yang mahu berfikir.


Langit menjadi kelam....bumi menjadi legam....bayangkan kedatangan hari yang telah dijanjikan oleh Allah nanti.....hari yang tidak mendatangkan manfaat kepada harta benda dan anak pinak, kecuali bagi mereka yang kembali dengan jiwa yang sejahtera.

Bencana datang dan pergi silih berganti....marilah kita menyoroti kesan yg terjadi setelah berlakunya ibtila' ini.


MasyaAllah....ikan-ikan terdampar di daratan selepas malapetaka katrina.....bayangkan nanti pula gunung-gunung tercabut dari bumi dan berterbangan ibarat kapas seperti yang telah dinyatakan di dalam Al Quran.

Nikmat Allah hendaklah kita sentiasa syukuri....Allah telah memperingatkan kita bahawa jika kita tidak bersyukur, maka rasailah azab Nya yang amat berat. Segala yang telah dibina musnah sekelip mata.....

Alangkah sedihnya kita jika jiwa-jiwa yang sudah terkorban ini tidak mati dalam keadaan Islam...Justeru menjadi tanggungjawab kita utk menyebarkan kalimah Islam ke seluruh alam.


Kesan katrina bukan kesan jangkamasa pendek. Mari kita melihat kepada laporan reuters;

A man makes his way out of flood waters as a home burns in the seventh ward of New Orleans in the aftermath of Hurricane Katrina August 6, 2005. The toxic brew of chemicals and human waste in the New Orleans floodwaters will have to be pumped into the Mississippi River or Lake Pontchartrain, raising the specter of an environmental disaster on the heels of Hurricane Katrina, experts say. (Shannon Stapleton/Reuters)

Ia juga akan memberi kesan yang mendalam kepada alam sekitar. Ini memberi pengajaran kepada Amerika supaya tidak sewenang-wenangnya menzalimi negara lain yang lemah... Mereka sedar bahawa serangan mereka ke atas Iraq dan Afghanistan akan mendatangkan kesan jangkamasa panjang namun mereka tetap angkuh dan sombong..Maka sekarang lihatlah keadilan Allah!!


Apabila hilang pergantungan kepada manusia...maka pada ketika itu manusia teringatkan penciptanya...Kita lihat betapa gerakan kristianisasi bertapak kukuh di bumi New Orleans, justeru gerakan Islam haruslah sentiasa dikuatkan dan dijanakan untuk rahmatan lil alamin.

sedikit informasi:
Jika anda semua ingin melihat peristiwa yang terjadi di New Orleans secara terpeinci, anda boleh melayari website di bawah secara interaktif.

http://www.washingtonpost.com/wp-
dyn/content/custom/2005/09/01/CU2005090101358.html

Untuk mendapatkan gambar yang menunjukkan secara jelas tentang perkara sebenar yang berlaku, anda boleh melihatnya pada website di bawah.

http://www.washingtonpost.com/wp-
dyn/content/photo/special/7/index.html

Wallahua'lam

No comments: