Thursday, September 15, 2005

Dunia Melayu Dunia Islam


Pada 9-11 September yang lalu, telah diadakan Perkampungan Dunia Melayu Dunia Islam di Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang. Di hadiri oleh peserta dari IPT tanahair serta perwakilan dari serata provinsi di Indonesia.

Penulis dan sahabat penulis, saudara mujahedd telah ditempatkan bersama-sama dengan perwakilan dari Medan. Pada mulanya penulis agak keberatan kerana maklumlah, seumur hidup, tidak pernah penulis dikelilingi oleh sahabat dari Indonesia. Tambahan pula krisis yang dihadapi antara Malaysia dan Indonesia seperti isu Ambalat telah menambahkan kebimbangan penulis. Penulis risau bagaimana nanti jika mereka melontarkan persoalan mereka kepada penulis berkenaan hal ini.. cara manakah harus penulis gunakan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Bak kata kak Sue iaitu ahli jawatankuasa DMDI, "kamu ibarat duta kecil Malaysia" Jadi penulis perlu berhati-hati dengan seluruh tutur kata yang bakal dilontarkan. Perlunya jawapan yg berhikmah.

Namun penulis kuatkan hati dan menurut sahaja kehendak sahabat penulis (Mujahedd) kerna begitu menginginkan tinggal bersama-sama peserta dari luar negara (penulis tidak tahu rupanya Mujahedd sudah pakar mengenai hal politik dan sosio budaya orang Indonesia). Maka penulis dan Mujahedd ditempatkan di kamar yang dinamakan "Turi".

Jadi bermulalah kehidupan sementara penulis bersama dengan orang dari Indonesia. Di pendekkan cerita, akhirnya penulis berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Walaupon orang dari Medan rata-ratanya sudah hampir berusia 40, namun mereka semua peramah dan baik sekali.

Penulis juga bersyukur kerana telah dapat berkenalan dengan dua orang sahabat yang bernama Yandri Rahman daripada Riau, dan Budi Fitra Helmi dari Padang. Mereka berdua adalah muda belia dan pandangan mereka amat positif. Penulis berharap agar dapat ketemu semula dengan mereka pada masa mendatang.

Turut bersama di dalam perkampungan ini, iaitu abg Ju dan abg Kamarul serta isterinya kak Azreen. Mereka mewakili Belia Negeri Sembilan.

Walaupon tentatif program perkampungan ini agak longgar, namun dari sudut positifnya penulis dapat mengeratkan ukhwah antara sahabat yang sebangsa dan serumpun. Mereka juga seperti kita, tidak ada lebih dan kurangnya. Semua manusia adalah sama sahaja di sisi Allah kecuali mereka yang tinggi ketaqwaannya. Justeru itu segala persepsi yg negatif itu haruslah dikikis. Tidak patut kerana pergeseran berkenaan satu isu dijadikan alasan untuk bermusuh-musuhan.

Konvensyen DMDI

Penulis juga berkesempatan menghadiri Kovensyen DMDI di MITC pada 11-13 September.
Pada pagi itu penulis dan Mujahed telah mendaftarkan diri dan kami telah menyertai bengkel belia (youth) yang dipengerusikan oleh YB Idris Harun. Abg Shahrul Azwar dan Abg Nizam (S/U MGBM) juga turut serta.

Penulis serta sahabat penulis, saudara Mujahedd telah melontarkan pandangan kami.
YB Idris mencadangkan penulis dan sahabat penulis menjadi Sekretiat DMDI dan Think Tank bagi mereka. Penulis merasakan ini adalah peluang yang baik, namun perlulah di fikirkan secara mendalam dan kritis terlebih dahulu.

Penulis sempat merakamkan gambar penulis bersama saudara Yandri dari Riau.


Penulis juga sempat merakam keadaan sekitar konvensyen itu berlangsung



MAITREX

Pada waktu yang sama, telah diadakan expo di MITC. Banyak badan-badan dari Malaysia dan dari luar negara turut serta. Produk yang ditawarkan adalah produk perlancongan, pertanian, pemakanan, pendidikan, dan automotif.

Penulis dan sahabat penulis sempat bergambar di dalam expo tersebut.

Penulis dengan keris dari Riau, Indonesia.




Sahabat penulis pula bergambar dengan kereta yang sudah dibeli enjinnya oleh syarikat automobil nasional (PROTON) iaitu LOTUS.




Pada 13 September, tamatlah Konvensyen DMDI. Semoga pertemuan yang singkat bersama dengan sahabat dari jauh yang sebangsa dan serumpun dapat diperteguhkan lagi. Penulis percaya ini adalah langkah pertama seperti kata pepatah orang Inggeris,

"A long journey begins with the first step"

Wallahua'lam

No comments: